Thursday, July 18, 2013

Ramadhan.

Bertemu.

Lagi sekali kita.

Berjodoh.

Lagi sekali kita.

Alhamdullillah.

posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Rama-rama biru cantik.

Rama-rama biru cantik.
Terbang pada aku.
Sambut aku.
Hiburkan aku.
Ucap selamat pada aku.

Sini.
Hamburkan air jiwamu.

Sini.
Lepaskan beban di bahumu.

Sini.
Esak tangiskan di bahuku.

Sini.
Kau punya aku bila pun.

Rama-rama biru cantik.
Terbang pada aku.
Redakan lelah aku.
Sapukan airmata aku.

Kerana dia itu.
Menyesak dada.
Menghimpit hidup aku.

Ayuh.
Rama-rama biru cantik.

Kerachot.
5 Julai 2013.
11.00 a.m.

posted from Bloggeroid

Lari.

Aku nak lari.
Ambil baju dan jalan.
Ke hutan semak.
Ke bukit sesak.

Aku nak pergi.
Lari.
Aku mahu cepat.
Aku mahu jerit.
Aku sesak dada,terbebankan.

Mahu dilontar ke hutan semak.
Mahu dihumban ke bukit sesak.

Kerachot.
5 Julai 2013.
7.40 a.m.

posted from Bloggeroid

Buih.

Atas feri.
Tepi sekali.
Pandang jauh aku lempar ke laut itu.
Bawah kaki.
Ada buih.
Putih.
Banyak.
Lenyap.
Senyap.

"Umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan."

Allahu.

Kerachot.
5 Julai 2013.
7.30 a.m.

posted from Bloggeroid

Kenapa.

A: Your denial syndrome is so annoying.
B: Memang annoying. Memang aku deny pun.
A: Buat apa nak deny?
B: Hang ingat kalau aku tak deny,aku boleh hidup?

Aku pandang laut.
Aku nampak laut tu hijau.
Luas. Tepinya aku tak nampak.
Macam apa yang ada dalam hati aku.
Tiada tepi buat rasa ini.
Perasaan aku pada dia.

Kerachot.
5 Julai 2013.
5.11 p.m.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 22, 2013

Jangan pernah rebah.

Dicekup dia.
Datang negara orang secara haram katanya.

Dicela dia.
Datang negara orang membuat onar katanya.

Diludah tak diendah dia.
Datang negara orang menyemak serabut katanya.

Apa yang dia mahu cari,rezeki.
Beberapa mulut tunggu untuk disuap di tanah asalnya dia.
Beban ditanggung dibahunya dia,kau apa tahu.
Pandang mata sepi dia yang penuh isi.

Sayu aku lihat,sumpah!

Dunia penuh aturan dan karenah.
Yang menghimpit orang seperti dia.
Yang mahu terus hidup walau dunia menekan rapat dada.

Hey kamu yang digari itu!
Jangan pernah rebah.
Kau aku sanjung.
Atas apa kau junjung.

P/s: Buat pendatang asing samada dengan izin atau tanpa izin.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 9, 2013

Penuh kau.

Aku nak tukar apa yang indah pada jelik.
Aku nak lupa apa yang aku benar mahu ingat dulu.
Aku nak tuang rasa ini dalam laut.
Biar hanyut hingga yang tidak berpenghujung.
Biar tenggelam dalam lautan.
Biar tak pernah terlihat.
Biar tak lagi dihidu.
Biar rupanya langsung hilang.
Biar pupus lenyap.

Semua kau cakap,aku tak nak dengar.
Semua kau sogok,aku tak mahu terima.
Semua. Yang tentang kau itu.

Tolong pergi.

Jangan datang melalui suara halus dalam fikiran.
Jangan masuk dalam mimpi-mimpi malam.

Dada sesak.
Tangis esak.

Pergilah.

P/s: LOL! Haha!

posted from Bloggeroid

Friday, June 7, 2013

Sekotak itu.

Dikala malam yang hujan itu.
Di tepi bendang.

Aku nak lari.
Jauh hingga tiada yang kenal aku.

Aku nak terjun dalam-dalam.
Jauh hingga tak terselam ikan di lautan.

Aku nak terbang.
Jauh hingga tiada burung dapat tiba di awan itu.

Dikala malam hujan renyai itu juga.
Keretapi tiba.
Membingitkan telinga yang sudah mahu pecah menahan sesak dunia.

Mahu berlari menuju keretapi.
Berlari ke tengah landasan.
Dan menyambut penumpang di tengah landasan dengan senyum akhir dan lambaian tangan akhir.

Gila.
Ini kerja gila.

Gila.
Yang gila.

Di buka sekotak kecil besar tapak tangan.
Diketuk lagaknya.
Dibuka terketar tangan.
Diletak ke mulut terkumat-kamit.
Dicucuh api,tidak menyala.
Berkali mencuba.
Dalam hati,Tuhan mahu aku buang kotak ini ke bendang barangkali.
Tapi terpedaya dia dengan janji bangang syaitan itu.
Dicuba hingga bisa.

Akhirnya.
Disedut.

Hingga pukul 4 pagi.
Merenung langit di tepi bendang.
Merenung tanpa isi,merenung kosong.

Tanpa hati.

Kerana hati aku sudah mati.

P/s: Idk.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 4, 2013

Surat Ratnasari buat Arjuna.

Duhai sahabatku,Arjuna.

Aku titipkan lembaran duka ini buatmu. Buat perkhabaran akhir tentang diriku padamu.

Arjuna,
Aku terpaksa pergi meninggalkan kampung indah yang sarat dengan kenangan kita. Aku terpaksa pergi meninggalkan kau,sahabat yang aku kasih.

Arjuna,
Tahniah aku ucapkan atas perkahwinanmu dengan sang cantik surihatimu. Moga bahagia,Arjuna. Aku doakan,dan insyaallah akan aku doakan selalu.

Arjuna,maaf.
Aku ingin sampaikan apa isi hati ini padamu.
Sesungguhnya Juna,aku mencintaimu.

Arjuna,maaf.
Entah sejak bila,aku tidak sedar. Tapi aku sayang sangat padamu. Hampir menitis airmata tak terkawal tika kau khabarkan berita bahagia perkahwinan kau itu.

Arjuna,maaf.
Andai titipan ini buat kau terganggu.
Maafkan aku,Arjuna.

Sahabatku Arjuna,
Takkan aku lupa kenangan kita bersahabat. Takkan.

Kau dan aku berkejaran di bendang,memanjat pokok rambutan itu,bagaimana kau pertahankan aku si anak yatim ini,kau rawat aku bila aku luka berdarah tika bermain.

Maafkan aku Arjuna,kerana rasa yang ada ini tidak dapat aku kawal.

Salam sayang,
Ratnasari.

posted from Bloggeroid

Monday, June 3, 2013

Kisah Arjuna dan Ratnasari.

Kau pernah tak dengar kisah Arjuna dan Ratnasari?

Mari. Aku kisahkan.

Kau tahu? Si Ratnasari itu diam simpan rasa kasih buat Arjuna. Dari kecil bersahabat. Bergurau senda bersama.

Tapi si Arjuna tidak terfikir apa pula. Hanya dipandang Ratnasari sebagai sahabat hidup mati. Cuma.

Suatu hari,si Arjuna datang terkocoh-kocoh meluru pada Ratnasari. Dikhabarkan,Arjuna akan menyunting seorang gadis cantik yang hidup di hujung kampung.

Ratnasari senyum. Tapi hatinya kelat,pekat hanyir.

Sejak hari itu,Ratnasari cuba lari. Hinggakan dia lari tidak lagi didengar kisah tentang dia lagi.

Arjuna?

Dia terus lupa yang selama ini dia pernah ada Ratnasari dalam hidupnya.
Kerana sudah ada suri di matanya. Di hatinya.
Bahagialah hendaknya sang Arjuna.
Selamatlah hendaknya si Ratnasari.

P/s: Sayangnya aku pada kau,hingga aku sanggup lenyap terus jika itu buat kau gembira bahagia.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 2, 2013

Senyum.

Senyum.

Walau pekat rasa pahit di hati.
Telan saja.
Jangan teriak di wajah.
Biar tertipu semua yang memandang.
Biar yang manis sahaja di mata mereka.

Gagah lagi senyum itu.
Gagahkan!

Senyum.

Biar dia bahagia.
Dan biar dia rasa kau juga bahagia.
Agar dunia lebih indah.

Senyum.

P/s: S!

posted from Bloggeroid

Friday, May 31, 2013

Jika,maka.

Jika dengan mempertahankan aku,kau sakit dan tersepit.
Jangan pertahankan aku.

Jika dengan menyayangi aku,kau sakit dan terluka.
Jangan sayangi aku.

Jika dengan memandang aku,kau terseksa.
Jangan pandang aku.

Jika dengan meninggalkan aku seorang begini,kau bahagia.
Tinggalkan aku.

Jika aku buat kau bahagia dan senang,pegang tangan aku dan mari kita melawan dunia.

Kau tahu apa kau rasa,maka buat apa yang bahagiakan kau.

Jangan fikir aku. Jangan.

P/s: Bahagia kau,bahagia aku juga. Kerana kau kan Superman. :)

posted from Bloggeroid

Hidup.

Apa yang dicari tak semestinya akan dapat. Maka,aku kena ingatkan diri aku setiap masa.

Usaha.
Redha.
Berserah pada yang tak mati.

Ya,aku tahu bukan senang.
Kau dah berharap sesuatu untuk jadi milik kau,but then Tuhan tak izin.

Ada sesuatu yang Dia tahu,yang mungkin kau akan tahu lambat laun atau kau langsung takkan tahu.

Memang aku ingin bahagia itu.
Tapi kalau Tuhan tak izin,apa daya aku? Memang aku boleh usaha,sedang usaha. Memang aku boleh doa,sedang doa. Memang aku boleh kecewa,sedang kecewa.

Tapi sampai bila? Aku kena move on. Hidup bukan kena berhenti bila kau sakit begini.

Pedih.
Luluh.
Tapi doa yang buat aku kuat pon.
Buat aku gagah merangkak menuju akhirnya.

Hidup.
Penuh darah pedih nanah yang jijik.
Tapi selepas itu,kau akan jumpa taman bunga yang indah.

Dan hidup.
Tak mustahil kau akan jumpa balik darah pedih nanah yang jijik itu kembali berulang.

Hidup.

Cukup sekadar ada aku dan kau,menuju Tuhan.
Pegang aku.
Kita sama-sama.

P/s: Jangan pernah menyesal. Walau tiada kasih ibu,bapa. Kau punya aku. Walau aku tak punya kau.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 25, 2013

Kelibat itu.

Melihat jauh.
Kelibat yang aku sayang pergi.
Perlahan.

Melihat lagi.
Walau tiada lagi bayangnya.
Aku masih melihat.
Aku masih di sini.

Melihat lagi kehadapan itu.
Kelibat itu tersenyum.
Bersama si cantik di sisi.
Bahagia barangkali mereka berdua.

Melihat lagi.
Tapi kali ini dengan mencengkam dada kuat.
Terasa sakit.
Tapi aku senyum.

Melihat bahagia kelibat yang disayang.
Derita di hati tiada apa.
Perlahan akan hilang juga.

Melihat kelibat itu sekali sahaja lagi.
Sungguh.
Dan aku berlalu.
Pergi.
Mati.
Tanpa hati.

P/s: Aku sayang kau,penuh. Tapi kau tidak. Maka,pergilah untuk jaga dia. Aku boleh jaga diri aku. Sungguh,sayang.

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

Aku tenggelam.

Jantung kencang.
Hati indah.
Mimpi bahagia.
Lena macam ayam.
Makan macam kucing.

Bila siang mahu malam.
Bila malam mahu siang.

Oh.
Tiada kata.
Aku kehilangan kata.

P/s: Superman!

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 15, 2013

Terima Kasih.

3 tahun lebih.
Lama dari orang. Lebih dari orang. Sakit dari orang. Pedih dari orang.

Tapi hikmah Allah bagi itu manis. Manis sangat.

3 tahun dulu,Ayah janji nak mai Shah Alam dan bagi aku bunga.
Tapi Allah takdirkan dia pergi tunggu aku kat sana.

So,instead of Ayah datang pada aku,kali ini aku kena pergi kat Ayah dan hadiahkan syurga.

Hadiah syurga buat Ayah.
Kerana selama ni dia bagi aku Syurga kat dunia. Allahu. Berikanlah pada Ayah.

Terima kasih buat semua yang ada waktu aku perlu.

Ramai sangat. Mak,arwah Ayah,Abah,adik-adik,keluarga dekat jauh,sahabat dunia akhirat arwah Ayah,Ros,Aqilah,Mun,Dayu,Budak BM216,Sal,Mira,Pit,Afiq and the list goes on.

Anda tahu siapa anda dalam hidup ini. Sungguh berharga. Sungguh tak terbanding.

Manisnya Allah hadiah ini.

P/s: Tears of joy at the end of the long journey.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 5, 2013

Arjuna aku

Aku bangkit.
Dari mimpi kosong yang dicipta aku dan arjuna.

Aku terhempas remuk.
Jatuh terkulai ke bumi.
Melepak aku di tanah beberapa ketika.
Sehingga datang pemilik rusuk kiri nanti.

Kerana aku puas bisik pada telinga sendiri.
Berapa lama mahu tipu diri lagi?

Arjuna indah pujaan.
Aku mahu pergi.
Jangan dicari lagi.
Sudah remuk kecai hati ini.
Kerana caci maki.
Kerana aku tahu diri.
Kerana aku si hamba hina,tak layak arjuna didampingi.

Moga damai,moga bahgia.
Di sisi arjuna sudah tersenyum sang dewi.
Mogs arjuna tidak terlukakan oleh dewi pujaannya.
Jika ya,mari aku rawatkan.

Aku rawatkan dan pergi.

Selamat arjuna ku.

P/s: Aku tetap ibarat kakak yang,menjaga adiknya. Aku kakak,kau adik :)

posted from Bloggeroid

Friday, April 12, 2013

Tongong.

Aku tongong.
Kalau ada perkataan yang lebih keras dari tongong,itu lebih layak buat aku.

Buta-buta aku terima alasan bodoh dia.
Konon tak mahu aku sakit.
Konon tak mahu hati aku pedih.
Konon aku lah yang selalu di hati walau tak di sisi.

Dasar jantan!

Eh,aku lah si tongong.
Sudah tahu di tipu hidup-hidup,masih menunggu setia tak terkutik.
Ibarat anjing.

Dalam hidup dia, aku ini apa ya?
Anjing kah?
Babi hutan kah?
Jalang sundal kah?
Atau teman penyejuk jiwa,kekasih penghibur hati?

Hai tongongnya aku.
Aku ini bukan siapa-siapa.
Aku ini ibarat angin yang lalu menepis di muka.
Tak dihirau,tak terlihat.

"Sudah-sudahlah tongong kau itu"

Bisik suara halus ke hati hancur aku.

P/s: Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 7, 2013

"Pergi mampus!"

Dia.
Dia yang satu itu.
Yang dipuja itulah.
Menyesal memuja dia yang meludah aku buta-buta.
Yang tak pernah lembut memujuk.
Yang rasa aku ini layaknya ditanam saja tanpa tanda.

Dia yang satu itulah.
Tiada lainnya.
Yang janjinya tidak mahu buang aku dari hati dia.
Yang katanya aku ini selalu dihatinya walau tidak disisinya.
Ya.
Dia.

Dia lah si bodoh itu.
Yang aku bilang,dialah lelaki paling bodoh kat dunia ni yang pernah aku jumpa.
Yang semalamnya buang aku.
Yang merengek kembali pada perempuan yang dikatakan sundal dulu.
Yang akhirnya buang aku dari hati dia.

Dialah itu hoi.
Yang akhir katanya asyik memaki aku.
Yang buat aku sayu lunyai dek kata nista dia.

Dia itu.
Yang aku sayang.
Yang aku tatang.
Yang aku jaga.
Akhir kata dia pada aku.

"Pergi mampus!"

Aku tak lupa.
Aku takkan lupa.
Jangan kau jejak ke kuburan aku bila aku mampus.

Ya.
Aku nak pergi mampus!

P/s: Kau tahu kau siapa. Ya. Kau lah yang tersebut di atas. Dia itu. Yang aku sayang. Yang hancurkan hati aku yang molek ini.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 28, 2013

Kau macam...

Kau macam pokok rambutan kat rumah Tok ni.
Teduh tapi bawahnya banyak nyamuk.

Kau macam kucing Tok.
Menakutkan tapi manja.

Kau macam rama-rama kat sini.
Cantik menari-nari depan aku,tapi tak pernah hinggap kat bahu aku pun.

Kau macam ayam kampung Tok Cik yang datang curi makan nasik kucing Tok.
Gagah kononnya,tapi aku nampak seorang anak kecil sepi yang kasihan dalam diri kau.

Aku nampak kau di sekeliling aku setiap hari,detik dan waktu.
Hakikatnya kau tak ada.
Ingatlah aku selalu ada,di sini.
Jika suatu hari aku dibawa lari,aku harap kau cari jalan itu sendiri.

P/s: Aku kan kakak,kadang-kadang mak kau.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 21, 2013

Semoga kau bahagia,sayang.

Terasa ditoreh hati ni,tapi luka tak nampak.
Terasa dicampak ke bawah selepas dilambung bahagia.

Ambillah.

Ambillah senyum bahagia aku,buat kau tampalkan dalam hidup kau bersama dia.

Janji manis dulu,aku takkan lupa.
Ya,aku tahu kau lupa.

Jadi,teruskan lupa.

Teruskan melangkah maju bersama dia.

Harap kau bahagia. Harap aku jumpa kau kat syurga.

Aku harap aku jadi bidadari kau.
Aku harap..........
Aku harap yang baik sahaja buat kau,sayang.

P/s: Hujan lebat dihati.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 17, 2013

Wahai cinta

Wahai cinta,
Aku mahu kongsi hidup ini denganmu.
Aku mahu kau aku disebut,senafas manusia satu alam.
Aku mahu kau pandang mata aku dan bisikkan,"Semua baik-baik saja,sayang"

Wahai cinta,
Aku tidak malaikat.
Aku manusia penuh khilaf.
Khilaf aku,aku biarkan hati buta-buta pilih kau.
Walaupun aku sakit hujungnya.

Wahai cinta,
Aku mahu jadi bidadarimu.
Bidadari dunia,dan ketua bidadari di syurga buatmu.

Wahai cinta,
Maafkan aku.

Wahai cinta,
Aku pergi hanya jika kau halau diri ini.

Wahai cinta,
Teruskan hidupmu dan bahagia.

Wahai cinta,
Aku sentiasa ada.

Wahai cinta,
Terasa pedih hati ini tanpamu.

Wahai cinta,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu.


P/s: :(

posted from Bloggeroid

Saturday, March 9, 2013

Ibu pada dunia aku.

Ibu.
Yang di panggil ibu itu adalah di waktu satu dunia meludah hina ke wajah aku,dia tetap meluru ke arah aku.

Dia yang terjengket kakinya itu tetap datang menghadang wajah aku dari diludah hina. Di sapunya muka aku dari air liur kebencian dengan tangan keramat dia.

Ibu.
Di waktu hati ini bersepai ke bumi,dia mengutip cebisannya dan dirawat. Masih teliti rawatannya atas robeknya hati aku dengan tangan keramat itu.

Ibu.
Terimalah kasih anakanda mu ini.
Tak dapat kujanjikan mewah dunia.
Tapi aku pasti syurga kau nanti,aku pelayan mu.

p/s: Selamat hari lahir,Ernie.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 23, 2013

Rindu kekasih.

Aku rindu dia,dia,dia.
Aku rindu mereka.

Yang mana waktu aku jatuh,mereka yang menghulur tangan.
Yang mana waktu aku sedih,mereka menggeletek hati aku.
Yang mana waktu aku sayu,mereka yang belai rambut aku.
Yang mana waktu aku terluka lutut aku hampir setiap hari,mereka menyapunya dengan tangan sakti mereka.
Yang mana luka kerana di cium dek pacat bendang nostalgia,mereka merawat dengan daun jambu batu.

*senyum

Rindu rupanya aku pada tiga insan gagah ini.

Tok Wan,Ayah,Abang Di.

Inilah kekasih yang pernah wujud dalam hidup aku. Yang akan terus wujud,takkan padam.

Yang mana hanya mereka mencintai aku,apa adanya aku.

Yang buta benar cintakan aku.
Yang aku buta tidak nampak cinta mereka.


P/s: Bakal suami,inilah kekasih saya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 20, 2013

Bahagia.

Jika dengan memanggil aku anjing dapat membahagiakan mu,panggil lah.

Jika dengan meludah muka hodoh aku dapat membahagiakan mu,ludah lah.

Jika dengan menyepak terajang aku dapat membahagiakan mu,sepak terajang lah.

Jika dengan melanyak hati ini dapat membahagiakan mu,lanyak lah.

Jika apa saja dapat bahagiakan kau yang satu ini,buatlah ke atas aku.

P/s: Ada beza cinta dan bodoh.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 14, 2013

Kucing kurap tengah bendang.

Di pagi dinihari itu.
Ada seekor kucing kurap,telinganya jatuh.
Seorang gadis bisu memandang.
Apa ceritanya,apa nasibnya.
Bisik gadis bisu dihati sendiri.

Seekor kucing kurap yang telinganya jatuh itu.
Tidak terkutik,di tengah bendang cuma.
Mata terpejam.
Tegak simpuh lagak sang kucing.

posted from Bloggeroid

Monday, February 11, 2013

Pura-pura.

Kau datang dalam hidup aku.
Ajar aku,bahagiakan aku.
Indah.
Sungguh terpaling indah.

Tapi saat aku terjaga,kau hanya ciptakan mimpi.
Mimpi yang aku idamkan untuk bawa ke alam realiti.

Oh.
Sakitnya.
Bila aku sedar.

Kau yang itu.
Aku dingin,kerana aku sakit.

Kau yang itu.
Aku dingin,kerana aku sayu.

Kau yang itu.
Aku dingin,kerana aku pura-pura.

Kau yang itu.
Aku dingin,dalam ketawa aku sakit.

Kau mungkin tak faham apa aku titipkan di sini.

Tapi itu lah.
Yang aku rasa.
Yang kadangnya aku sendiri tidak faham apa aku rasa.

Aku tak tahu mahu buat apa,untuk kurangkan sakit ini.

Aku sungguh tak tahu.

p/s: Kau tak faham wei,aku sakit dan sayu. Ketawa aku semalam,buat-buat.

posted from Bloggeroid

Friday, February 8, 2013

Sekat.

Aku malas nak agak,andai semua.
Aku pun malas nak tanya.
Jadi,apa kau rasa luahkan jujurnya pada aku.
Dan aku sedia ada untuk kau.

Maafkan aku jika aku terpaksa sekat kau di sana.
Kerana aku sayu.

Huh!

Dulu kau kata kau mahu tanya khabar aku.
Hey,aku tengah susah hati.
Dan jujurnya,aku harap kau datang tanya aku.
Bukan minta kau tolong.
Hanya mintak kau tanya khabar aku.
Macam dulu-dulu itu.

Ya.

Aku sayu.
Aku sedih.

Aku sekat.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 2, 2013

Lelaki merekot.

Lelaki lebih separuh abad itu merekot badannya di perbaringan.
Dipekakkan telinga yang tak tuli.
Ditahannya air jiwa dari mengalir.

Anaknya berteriak itu ini.
"Siapa dapat balik jaga bapak?"
"Aku kerja"
"Suami aku tak izinkan"
"Kena kumpul duit ni untuk jaga bapak"

Si lelaki tua merekot itu senyap tidak terkutik.
Langsung tidak.

Tiada tahu apa ada dalam hati dia itu.

Wahai anak,
Selama puluh tahun ini bapakmu tatang beri makan jaga kau.
Tiap sakit demam dijaganya kau tak pernah gagal.
Rungut satu apatah lagi.

Wahai anak,
Kenapa tidak kau jaga hatinya dia?
Yang dibibir bapak meniti akan perginya dia tak lama lagi.

Wahai anak,
Apa kau sebegitu sanggup?
Letakkan lah dirimu ditempatnya.

Wahai anak,
Jagalah hati dia lelaki tua kau panggil bapak itu.
Kerana kau tak tahu berapa ramai diluar sana,sanggup gadaikan apa sahaja demi memiliki bapak mereka kembali dipeluk sesaat cuma.

posted from Bloggeroid

Friday, February 1, 2013

Seorang wanita anak lima tanpa suami.

Seorang wanita itu.
Kuat aku lihat dia.
Seorang diri tanpa seorang bergelar suami.
Oh. Sungguh aku terpaling kagum.

Seorang wanita itu.
Dengan anaknya lima.
Pagi pergi,malam pulang.
Demi senyumnya anak yang berlima.

Sungguh macam hendak tertumpah air jiwa atas kuatnya dia.
Dengan tercapit kakinya seorang diri tadi.
Digagah hidup yang menghimpit.

Ya Tuhan.

Kau rahmatilah dia.

Atas segala nikmat dan kurniaMu.

posted from Bloggeroid

Monday, January 28, 2013

Kepingan kertas yang digulung itu.

Wahai sahabat seluruhnya yamg bersama mahupun tidak bersama mengejar sekeping kertas yang tergulung itu.
Yang mana kita bergadai,berjual seluruh harta dan jiwa untuknya.

Tahniah kau sudah selesai berjuang sementaranya. Tapi sahabatku. Andai kau tahu apa aku rasa sejak dulu.
Keping kertas tergulung ini hanyalah untuk kepuasan yang tersayang cuma.Jangan kau bergantung harap yang abadi pada kepingan kertas digulung itu semata.

Kau buatlah apa sahaja. Asal jangan kau jualkan jiwa kau buat manusia penyiksa jiwa.
Jangan gadaikan jiwa kau llagi setelah bertahun,sahabat.

Percayalah pada Dia.
Yang mengurnia apa yang kau perlu,dari apa yang kau mahu.

Berulang aku tulis,untuk ingatkan kau,aku,dia dan dia.

Jangan takut membebaskan jiwa engkau sahabat.
Ayuh sama aku.
Aku turut sama dengan engkau.
Ayuh!

Sunday, January 27, 2013

Kopi pekat hitam yang harum dan cerita kita.

Aku mahu secawan kopi hitam pekat yang harum itu.
Ditemani kau.
Dan kau tadahkan telinga kau mendengar apa yang aku mahu katakan.

Aku mahu ceritakan tentang apa sahaja.
Asalkan bukan tentang aku,dia dan dia.

Aku mahu kita tenang hirup kopi pekat harum dan panas itu dihembus angin tepi bendang.
Depan rumah aku,kawan.

Yang mana borak kosong kita sampai tak sedar sudah 3 pagi.
Yang mana kau sampai lupa apa tujuan asal kau ke mari.

Aku mahu itu.
Momen itu.
Aku mahu ceritakan itu.


Aku mahu ceritakan tentang apa sahaja.
Asalkan bukan tentang aku,dia dan dia.

Ayuh.
Lupakan rasa cinta yang sial pada kekasih.
Dan cerita bersama aku.
Tentang aku,kau,dia dan dia.
Asal bukan kekasih sial itu.

Pergilah.

Hari itu burung mencicit sayu.
Hendak di khabarkan apa yang dia rasa.

Embun hari itu lambat kering.
Dek kerana sang mentari lambat menyinar.

Tanah berbau harum.

Pergilah kau jasad,ke tempat asalmu.

Semua juga akan kesana.
Cumanya kau pergi dulu.

posted from Bloggeroid

Friday, January 25, 2013

Lupakan.

Kata teman yang satu itu.
Lupakan.
Lupakan.
Lupakan.

Kata hati yang hancur terlanyak juga sama.
Lupakan.
Lupakan.
Lupakan.

Kata bantal yang menerima jiwa sepi itu serupa.
Lupakan.
Lupakan.
Lupakan.

Kata sepi gadis bisu itu juga begitu.
Lupakan.
Lupakan.
Lupakan.

Ya.
Tekad.
Kuat.
Kental.

Nak pejam mata melayar mimpi.

Eh,ternampak dia!

Teruskan,kental.


Thursday, January 24, 2013

Rupanya.

Rasa macam kosong.
Rasa macam tiada rasa.
Rasa macam tak sakit.
Rasa macam aku dah lupa.

Tapi aku terlihatkan memori.
Aku ternampakkan sakit yang aku simpan.
Yang bertahun itu.

Tiba-tiba aku rasa panas di pipi.
Apakah?

Sial!
Aku ingat dah kering.
Air jiwa itu.

posted from Bloggeroid

Suara.

Kau tinggikan suara yang aku rindu.

Sayu aku.
Sayu benar.

Hadapan ramai kawan.
Apa aku nak buat?
Apa aku nak pamer?
Senyum yang dibuat.
Yang pahit teman yang satu itu rasa.

Terkilan.

Maaf andai apa aku buat serba tak kena.
Maaf andai sakit mata membaca.

Kau boleh lanyak hati aku.
Silakan.

Tapi mohon jangan dilanyak maruah ini.

Mohon.
Sangat-sangat.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 23, 2013

Anjing Betina.

Hai Anjing Betina!

Kau melalak kata manusia.
Kau membingit kata manusia.

Berbatu kau pergi merantau.
Sakit lelah tidak dihirau.
Tercopek kaki,berkudis kulit.

Waktu malam itu,ada seorang gadis cantik tak terperi.

Hampir direngut mahkota di bawah bulan,di tepi semak.

Tapi mujur.
Ada itu seekor anjing betina kudis. Tempang kakinya.

Menyalak sekuat hati mampu dijerih.

Datang pemuda menepis si rakus dan ditakdirkan.

Selamat segalanya. Si gadis selamat!

Tapi anjing betina tetap dipandang anjing!
Semulia mana dia berbakti.
Tetap keji dipandang.

Hahahaha.

Aku.
Si anjing betina penuh kudis yang tempang.
Yang kau sepak terajang.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 22, 2013

Kasihan Gadis Bisu.

Kesian kau gadis bisu. 

Malaikat mentah-mentah buang engkau. Syaitan pulak ketawakan engkau. Tuhan saja kau punya. Yang ada diwaktu kau tidak punya apa. Malaikat tidak,Syaitan itu pun tidak. Sendiri kau di dunia. 

Kesian kau gadis bisu.

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video



:)

Apa aku nak cakap, Najwa dah buatkan dalam bentuk lagu.


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz2IfgylgRL

Terima kasih.

Dan saksi gadis bisu itu.
Bantal.
Bulan.
Bintang.

Yang memandang sayu.

Terus dititipkan puisi tolol.
Buat dia yang sudi membaca.

Terima kasih kesudian tuan hamba.

Tiada pernah di khabar pada hamba,puisi ini digemar.

Puisi bodoh tolol cuma.

Buat meringan apa rasa berat.

Terima kasih.

Ucap gadis bisu di dalam hati.





posted from Bloggeroid

Monday, January 21, 2013

Hati salut dosa.

Sahabat.

Aku terpaling sayang.
Maafkan aku.

Hati ini jika kau dapat lihat,dapat aku keluarkan sekejap cuma.
Terlihatkan lah ia.
Daging merah hampir lunyai bersalut rasa berdosa.
Berdosa sungguh ke atas engkau.

Sahabat.

Aku mohon ampun,maaf berjutanya.

Aku sayu lihat kau.

Sungguh.

Maafkan lah.

Atas ketelanjuran hati yang hampir mati.

Tak dapat hendak aku tahan dulu dan kini.

Maaf.
Maaf.
Maaf.

posted from Bloggeroid

Kau Setan atau Aku?

Kau cakap kau setan.
Kau cakap aku bukan.

Aku cakap cinta boleh buat manusia jadi setan.
Aku cakap cinta boleh buat setan jadi manusia.

Sungguh.

Aku tahu boleh.

Tiada harapan.
Langsung.

Cuma aku percaya. Kau akan jadi manusia.
Aku titip doa.
Agar manusia jadinya kau nanti di kedepan hari.

Dan.

Jangan merendah diri.
Kau belum cukup kenal pun aku.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 20, 2013

Siapa?

Pada siapa nak diluahkan berat dalam dada?

Tuhan.

Pada siapa nak dikeluh sesak bertubi ini?

Tuhan.

Pada siapa yang nak aku hambur air jiwa ini?

Tuhan.

Pada siapa aku nak bergantung harap?

Tuhan.

Pada siapa aku nak ceritakan yang aku sayu? Yang aku dah berat mata menanggung air jiwa. Yang dah nak mengalir sangat ni?

Tuhan.

Pada siapa aku nak cerita? Siapa ada? Siapa lapang? Siapa sudi pinjamkan telinga? Pinjamkan bahu? Siapa?
Siapa?

Tiada siapa aku cakap! Hanya Tuhan.

Kau tahu Tuhan?

Hanya Dia.

posted from Bloggeroid

Friday, January 18, 2013

Sayang tu apa?

Bila kau lihat dia susah,kau turut sama berat.
Bila kau lihat dia memikir masalah,kau turut berkerut.
Bila dicerita pada kau masalah,kau turut sama berbaur rasa.
Bila dia lapar,nun kau jauh pun tak lalu makanan kat tekak kau.

Bila kau ada,kau bagi jika dia lagi perlu.
Bila ada secubit ayam mahu kau masuk ke mulut,tapi kerana dia yang meminta kau suap ke mulut dia.
Bila kau letih tak terkira,kau layankan luahan mulut dia.
Bila mata kau berat dimalam hari,kau tunggu masalah dia selesai.

Sayang.
Mudah ungkap,susah buat.
Atau bagi aku,mudah buat tapi susah ungkap.

Sayang tu takkan terurai sampai bila.

P/s: Aku takut sayang orang,kerana aku takut disakiti orang yang aku sayang. Sekali aku sayang,selamanya dalam doa.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 16, 2013

Ayam dan Boyan

Kisah cinta tak perlu bersatu untuk epik.

Kisah cinta yang penuh dugaan dan pengorbanan selalunya dipandang epik.

Ibarat Romeo dan Juliet.

Kisah cinta Ayam dan Boyan.

Bagi sesetengah orang akan cakap biasa,macam kisah cinta lainnya. Tapi mungkin juga ada yang cakap kisah cinta ini epik.

Ayam,gadis tepi jalan yang mengesot kembali ke sejadah. Dan Boyan pula, anak jantan baru menegenal erti kepayahan hidup.

Jauh perjalanan yang akan ditempuh,banyak masalah akan tiba untuk diselesaikan.


Sunday, January 13, 2013

Menulis.

Assalammualaikum.

Hati terasa kecewa.

Macam seronok sendiri.

Tulis kat blog,tumblr semua. Adakah orang baca?

Impian besar yang mungkin keluarga aku tak tahu ialah menulis. Impian menulis ni pun impian yang aku bunuh dari diri aku jugak.

Entah kenapa dibunuh,aku tanam. Tanpa pusara.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 12, 2013

Tentang Seseorang. Ada Apa dengan Cinta.



Dan tentang seseorang,itu pula dirimu.

Friday, January 11, 2013

Wahai adik.

Buat dua puteri kesayangan beta.

Sudah besar kiranya kamu.
Yang dulunya aku timang penuh sayang,bagai menatang minyak yang penuh.
Takut tertumpah,takut terjatuh.

Wahai puteri kesayangan beta.

Sudah sampai masanya kamu di hantar menimba ilmu.
Jangan gentar,jangan gundah.

Aku ada di sini.
Perhati kamu dari jauh.
Selagi aku ada,kamu terlihatkan.

Dan.

Kamu kena ingat,Allah ada.

Dia ada di sini dengan aku. Ada di situ dengan Bonda. Ada di sana dengan kamu berdua.

Kesatlah air jiwa kamu.
Agar tiada air jiwa aku dan Bonda yang mengalir.

Kuatkan,kentalkan jiwamu.

Wahai puteri kesayangan beta.

Ingatlah.

Ayahanda di sana tersenyum.

Melihat kamu,aku,Bonda dan semuanya.

P/s: Aku pinta angin agar titipkan cinta dan rindu buat kamu. Semuanya.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 3, 2013

Kenapa? Kenapa?

Aku ingin bicara tentang kau dan aku.
Aku ingin kau tahu tentang apa yang aku rasa.
Aku ingin kau tahu.

Tapi aku mana berdaya.
Terbatas setiap langkah.
Terkunci setiap kata.
Membeku setiap perbuatan.

Aku mohon kau menjauh,kerana aku tak mampu menjauh.
Kenapa susah kau menjauh?
Kenapa buat aku nampak bangang?

Aku harap kau baca coretan ini.
Ini sahaja aku mampu.
Aku harap kau faham.
Faham apa yang aku tak mampu ucap.
Dan kau faham apa yang kau tak mampu fikir.

Biarkan aku pendam bicara ini tentang kau dan aku.
Biarkan aku simpan tentang apa yang ak rasa.
Biarkan aku tanam dalam-dalam apa yang aku ingin kau tahu ini.

p/s: Nak balik Kedah,dan semua akan ok. Insyaallah  :)

Ada Apa Dengan Cinta


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi.. sepi dan sendiri, aku benci
Aku ingin bingar, aku ingin di pasar
Bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai!
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

"Puisi ini dari Ada Apa Dengan Cinta"