Tuesday, March 13, 2012

Lontaran

Lontaran ini memang perlu.. Buat dikongsikan fikiran kamu pada yang perlu.. Ya,mana lah tahu.. Fikiran yang kamu itu mampu mengubah dunia menjadi syurga?

Namun adindaku,harus di ambli pasakkan ke akalmu.. Fikir dahulu sebelumkau melontar.. Berhati-hatilah dalam melontarkan kata-katamu itu adindaku..

Betapa aku sudah cukop rasa binasanya melontar tanpa berfikir..
Aku mahu kamu adindaku tidak merasa kepahitan ini..

Wednesday, February 22, 2012

2 Tahun lalu................

Assalammulaikum semua..

It’s had been a long time rasanya aku tak menaip kat laman social aku yg satu ni.. Aku tak dak internet.. Aku tak cukop dana nak salurkan ke internet punya expenses.. J But still aku bisa guna line ofis ni haa.. Aku dah taip dulu ni kat umah, so aku just have to copy and paste ja bila kat ofis..

Sewaktu aku menaip ni aku kat umah,aku expect aku akan busy buat kerja semua kat ofis waktu ni.. So,aku mungkin tak sempat nak edit pon entri ni.. I’m sorry for the inconvenience.. :p

Aku menaip ni on 18 Februari 2012, bersamaan dgn 25 Rabiulawal 1433, bersamaan hari Sabtu..

Well,what is special bout this date?

Tak dak yg istimewa..

Hanya lah sebuah tanda ingatan aku buat seorang insan yg membawa aku ke dunia ni..

Ingatan aku buat insan bernama Abdull Ghani Bin Jasin..

Ayah aku..

Darah daging aku..

Yang berbakti yg membuat aku bernafas hingga hari ini..

Aku memohon semua yg membaca entri ini memberikan sedekah Al-Fatihah buat arwah Ayahanda aku yg aku cinta dan rindu setelah 2 tahun dia pergi tinggalkan aku dan adik2..

2 TAHUN..

2 TAHUN..

Banyak yg terjadi 2 tahun ni..

Arwah Ayah yg hantar aku p Shah Alam time aku dpt sambung study kat Uni, dia sgt harap aku independent walaupon sebenaqnya aku dapat rasa yg dia sangat risau aku jauh family..

Ayah.. Insan ni memang tak mau aku susah hati dgn sakitnya dia,susahnya dia..

Mana mungkin dia akan call aku saja2,tak mau ganggu kak long katanya.. Well,itu lah insan namanya Ayah.. Dia kuat depan kita.. Di dalam hanya dia tahu dgn Pencipta..

Sejak kecik,memang aku lebih rapat dgn Ayah dan aku jugak manja dari adik2 yg lain.. Sakit sikit dah riuhnya seluruh Kedah tu.. Bila aku patah kaki masa umur 6 tahun kat kampong dulu,sekampung ayah aku mai tengok dan kecoh2 before aku dihantar ke hospital.. *rasa macam artis waktu tu,serius ramai dtg.. Sebab aku bukan saja kesayangan Ayah,tp jugak Tok dan Arwah Tok Wan..

Sampai aku besaq pon dimanjakan masih..

TAPI..

TAPI..

Sejak perginya Tok Wan,aku mula hilang sifat tu.. Aku mula kuat sendiri,aku belajaq hidup tanpa insan yg care pasal aku.. Lepas setahun Tok Wan p,Ayah aku pulak p.. So, aku lagi hilang insan yg care pasal aku.. Mak ada lah.. But hey,she ‘s alone.. Adik2 aku lagi perlu that care than me.. Seriously.. Mula saat Ayah pergi, aku mula belajar hidup yg benar2 hidup.. Aku selesaikan masalah aku sendiri.. Aku deal dgn org2 yg lebih tua dari aku sendiri..

Aku deal urus hal2 kematian Ayah.. Memang adik-beradik arwah Ayah ada,adik-beradik Mak pon ada.. Tapi aku yg sulung.. Tunggak keluarga,beb.. Kalau masalah aku pon tak boleh buat sendiri,what you expect hal2 family?

So,aku mula belajar..

Aku cakap kat diri aku, “Ernie,airmata bukan penyelesaian untuk masalah.. Itu hanya luahan setelah kau penat bertahan”..

2 Tahun ni,aku ulang pindah masok rumah sewa kat Shah Alam sampai Puncak Alam.. Aku kena carik tempat untuk rumah time intersesi dulu sendiri.. Aku pindah masok barang2 aku yg banyak2 tu.. Aku bawak balik barang ke Kedah dari Puncak Alam ni.. Aku urus surat2,semuanya lah..

Tanpa mintak perhatian mak pon.. Aku just inform saja.. Tu just sebagai syarat untuk cukop sekadar mak aku tahu di mana aku..

Aku yakin,kalau dengan Ayah dia yg akan contact orang deal everything.. Silap2 dia yg ke sini ambik barang and carik rumah sewa and everything lah..

Ya.. 2 Tahun ni,aku belajar buat tugas2 sendiri..

Dah besaq aku ni.. J

Ayah,betapa Kak Long rindu kan Ayah..

Ayah tunggu Kak Long,ok?

p/s: Rendunya anak,rendunya isteri,rendunya ibu buat mu..

Friday, February 10, 2012

NO INTERNET!

Saya dah mula berada di dalam alam pekerjaan.. SPAD..

:)

Hope I can learn a lot here.. :)

Dah bai..

p/s: Tadaaaa internet.. ni curik2 taip kat ofis... :(

Wednesday, February 1, 2012

Nafsu ingin mengetuk keyboard tanpa henti di laman sosial merasuk tiba-tiba..
Bila di tempat yang sesuai..
Inilah jadi nya..
Hilang kata,hilang mimpi..
Nafsu tersekat dek karatnya otak..

Aku nak rant something yang sangat2 berat aku tanggung.. Tapi tak tau nak rant macam mana..
Apa ayat aku nak susun? Apa cara nak rant? Apa yang patot aku keluarkan dulu.. Yang mana patot aku simpan? Tiada siapa tahu melainkan aku dan Dia.. Aku dah penat.. Simpan sorang sampai semput di dada.. Heh! Aku nak bunuh rasa paranoid ini..!

p/s: Tololnya aku di matamu hanya kerana kau tak kenal jiwa raganya aku atau aku sendiri tak kenal jiwa raganya aku? Pencipta Maha tahu..

Friday, January 13, 2012

Peludah Warna


KUNING..

Saturday, December 31, 2011

99_ Meor Yusof Aziddin



Lina cakap, "Lagu ape kau dengar ni Ernie? -.-"..
Hahahah.. Ni lagu baik der.. Aku suka muzik macam ni.. Dia jujur apa adanya.. Benar dalam luahan hati dia..
Just thought of sharing it with you guys here.. And all of his muzik is superb to me.. Paling menarik hati Lagu Aman Lagu Damai,Hari-hari Akustik,ISA, blaalalalallalalala bagerabageraaaa... :) Banyak lagi lah maksudnya.. :)

Enjoy!

Friday, December 30, 2011

Datangnya harap bersinar..



Buku itu tinggal helaian akhir..
Apa mahu aku isi kan?
Madah cinta? Madah makian hari2 aku?
Madah hidup aku?
Tiada yang istimewa hidupnya aku..
Jelek orang membaca..

Helaian itu tamatnya hari ini..
Apa aku nak coret? Apa yang tinggal untuk aku karut?
Aku insan bodoh yang bangang pada hari2 begini..

Mahu dipaksakan jari gemuk ini mengetuk..
Tapi apa yang nak diketuk..
Ayat madah apa yang nak disusun?
Sudah!
Aku memang bodoh si tolol!

Aku bukan Fynn Jamal..
Aku bukan Bob..
Aku tak punya buku isi Ranap..
Aku tak punya buku isi Bogel Menuju Tuhan..

Tiada coret istimewa buat 2012..
Dihadapan cermin kaca petak cuma..
Dengan secawan besar kafein yang harum..
Dengan nota-nota lunyainya..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!
Terperuk aku di sini..
Tiada langsung bunyi percikan bunga api mahupun sorak gemilang rakyat marhein gembira tahun 2011 ditinggalkan..

Lebih senang begini..
Kerana ini aku..
Senyap..
Shhhhhhhh....
Aku nak dengar bunyi malam..
Bunyi malam 2011 yang bertemu bunyi malam 2012..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!