Sunday, July 17, 2011

Kisah si pencuci tandas

Pada ketika rata-rata rakyat hamba kerajaan Malaysia sedang enak diulit mimpi,dia terjaga dari tidurnya ketika alarm jamnya membingitkan bunyi bising.. Ditekannya pnat di atas jam loceng itu yg menunjukkan ke angka 5.. Di paling kan melihat anak2 kecilnya masih tidur diulit mimpi yg berulang-ulang dan ada yg baru.. Si tubuh separuh abad lantas mengumpulkan sekuat sisa tenaga untuk bangkit dari tempat peraduan..

Setelah keluar dari kawasan peraduannya,si pemilik badan separuh abad itu lantas membersihkan diri dari kekotoran di badannya dengan air sejuk menggigit kulit2 dan tulang belulangnya.. Kemudian di siram air sejuk itu lagi ke tangan kanan dan kiri mengikut urutan hingga lah ke kaki kanan dan kiri.. Kemudian si tubuh berusia itu menyucikan batinnya dengan solat tahajjud..

Setelah seketika,badan itu digagahi untuk menyediakan santapan makan pagi dan jugak sekaligus disediakan santapan makan tengahari.. Untuk puteri2 dan putera2 pujaan hatinya yg sudah terkoyak lama..

Selesai memasak,tubuh itu bergegas pula menunaikan solat Subuh.. Selesai solat Subuh,dia mengejutkan puteri2 dan putera2nya dari peraduan indah dan menyiapkan mereka untuk ke sekolah.. Ya,hanya ilmu yg dapat diwarisi oleh si tubuh tua itu kepada putera2 dan puteri2nya.. Diharapkan mereka akan mengubah nasib keluarga.. Mengubahkan pandangan orang keliling yg rendah ke tanah memandang mereka agar tinggi memuja suatu hari nanti..

Dihantarnya putera kecilnya yg seorang itu ke sekolah dengan mengayuh basikal yg hanya menunggu masa untuk terkubur.. Kemudian dia mengayuh lagi untuk ke tempat dia mencari suapan nasi buat keluarganya..

Dia memulakan tugasnya.. Ditukar kasut ke bot plastik agar tidak mengenai air ke kakinya.. Dipakainya sarung tangan getah dan penutup hidung.. Prosedur syarikat kata mandurnya.. Harus dipakai.. Wajib benarnya..

Di tuang cecair pencuci kuning itu ke mangkuk putih besar itu di setiap satu semuanya.. Kemudian diberus dan dibilas.. Dimop lantai bilik kecil itu hingga berkilat bersih.. Segala dinding dan kaca dandanan di lap rapi.. Setiapnya di buat seorang diri.. Ahhh! Alah bisa tegal biasa..! Berbulan dilakukan seorang diri tanpa rakan..

Ada yg mengutuk dirinya pekak dan tuli.. Pencuci tandas yg pekak.. Tapi dia tidak endahkan.. Bukan mereka yg menyuap anak2 dan dirinya makan.. Malah mencemuh sahaja mereka tahu.. Tidak menguntungkan mendengar.. Biar ditutup pekak kedua telinga..

*Kehidupan seorang pencuci tandas tidak indah sentiasanya walaupon dia mampu tersenyum dan bergelak tawa macam insan kebanyakannya.. Jangan disindir,jangan dicemuh.. Jasanya kau tak dapat bayangkan.. Aku rasa bersyukur.. Dapat mengenali seorang dan melakukan kerja sepertinya.. Supaya aku tahu apa rasa dan perasaannya mencuci itu..

p/s: Buat Mak Cik Zah dan pencuci tandas seantero dunia.. Teroskan perjuangan sucimu! Aku sentiasa menjadi penyokong nombor satu.. :)

Gajah takot semut..

Tak perlu untuk rasa paranoid dan takutkan benda yg kecil kerana kau itu besar.. Malah kau berbisa sebenarnya.. Kan? Aku nampak kau penuh bisa.. Kerana apa?

Kerana kau boleh perintahkan warna KUNING itu haram.. Kau boleh memukul jika kau mahu.. Kau boleh sumbatkan sesiapa ke dalam tirai besi busuk itu jika sekalipon itu yg kau tudingkan.. Nah! Kau memang penuh bisa!

Tapi sekarang ini ya,EMPAYAR mu sangat agung.. Tapi sampai bila agaknya EMPAYAR mu ini akan bertahan entah?

Disetiap itu,yg memandang penuh tajam ibarat singa lapar memandang kambing biri2 sesat.. Setiap kata dan langkahmu yg salah,tidak mungkin dibiar kan.. Ahh! Salah mu itu kau sengajakan.. Untuk kebahagian tiada tara kau..

Apa? Mereka mudah melenting? Kau bagaimana? Warna kuning saja sudah paranoid ibarat anak kecil menjilathingus sendiri.. Hhahahahha! PENAKUT.. Pada bayang2 sendiri.. *senyum paling sinis dari aku..

Aku rasa lentingan itu wajar,setelah semakin lama semakin banyak nya korupsi yg kau sembunyi kan hingga melimpah ruah sisa daging busuk mu itu.. *haishhh!

Aku tak tahu yg lainnya,tapi aku mahu yg lebih baik.. Mereka yg tahu membawa yg lain ke jalan yg benar.. Yg pabila dia bercakap,"KITA HARUS HIDUP DALAM PENUH KESERDAHANAAN" *yg hingga dicanang ke LONDON*
Bererti dia benar2 maksudkan nya dan memang benar dia hidup dalam kesederhanaan.. Dan bukannya untuk agenda di depan kotak kaca sahaja.. *heh!

*Tipu sampai bila? Tipu anak kecil pon lama2 dia akan besar dan menggeledah bukti2 untuk mengetahui isi kulit yg benar.. Tipu lah apa yg kau mampu.. Hahahha! Macam aku bodoh macam penjilat sisa nya.. *Euuuwww! :)

Saturday, July 16, 2011

Si bangang tolol biasa2 sahaja ini..

Ya.. Aku bukannya kebanggaan mana2 ibu atau bapa pon.. Aku hanya insan yg sangat biasa..
Aku tersangatlah biasa hinggakan udara di hirup tak terasa menyenangkan.. Hingga kehadiran aku tidak diketahui.. Hinggakan suara aku ibarat bunyi helaan angin yg terlalu biasa sahaja.. Aku terlalu biasa sangat dimata semuanya..

Ya.. Aku tidak pernah meminta untuk menjadi si luar biasa.. Buat apa jadi istimewa andai tidak bahagia.. Aku bukan penagih kebahagian tiada tara..

Ya.. Aku pernah bermimpi hidup aman sentosa ibarat hikayat ceritera cinta dongeng.. Tp bila tersedar dari peraduan,aku jelas amat mana mungkin aku si bangang biasa2 ini mampu hidup seumpama mimpi.. Nak menjadi biasa pon aku lelah,tambahan untuk menjadi seperti yg dilukiskan di dalam mimpi?

Ya.. Aku tolol katamu.. Aku tidak tahu ilmu.. Aku tidak tahu Tuhan.. Aku tidak tahu dek untung! Hanya dirimu yg mampu menari2 di hadapan hadirin sekalian dewan agung.. Aku bahkan nak menjadi pendamping pon mana layaknya berdiri sebelahmu.. Aku malah diisyaratkan senyap membisu.. Suaraku tiba2 jadi hak milikmu untuk kau jaga..

Ya.. Maafkan aku jika aku yg biasa2,bangang dan tolol dan tuli ini membuat ibarat tahu segalanya.. Tapi aku tak pernah meminta kau percaya apa yg aku katakan.. Apa yg aku khabarkan.. Kau mahu percaya terserah.. Itu hati mu.. Dan kau juga jangan sibuk hati aku..