Aku tersangatlah biasa hinggakan udara di hirup tak terasa menyenangkan.. Hingga kehadiran aku tidak diketahui.. Hinggakan suara aku ibarat bunyi helaan angin yg terlalu biasa sahaja.. Aku terlalu biasa sangat dimata semuanya..
Ya.. Aku tidak pernah meminta untuk menjadi si luar biasa.. Buat apa jadi istimewa andai tidak bahagia.. Aku bukan penagih kebahagian tiada tara..
Ya.. Aku pernah bermimpi hidup aman sentosa ibarat hikayat ceritera cinta dongeng.. Tp bila tersedar dari peraduan,aku jelas amat mana mungkin aku si bangang biasa2 ini mampu hidup seumpama mimpi.. Nak menjadi biasa pon aku lelah,tambahan untuk menjadi seperti yg dilukiskan di dalam mimpi?
Ya.. Aku tolol katamu.. Aku tidak tahu ilmu.. Aku tidak tahu Tuhan.. Aku tidak tahu dek untung! Hanya dirimu yg mampu menari2 di hadapan hadirin sekalian dewan agung.. Aku bahkan nak menjadi pendamping pon mana layaknya berdiri sebelahmu.. Aku malah diisyaratkan senyap membisu.. Suaraku tiba2 jadi hak milikmu untuk kau jaga..
Ya.. Maafkan aku jika aku yg biasa2,bangang dan tolol dan tuli ini membuat ibarat tahu segalanya.. Tapi aku tak pernah meminta kau percaya apa yg aku katakan.. Apa yg aku khabarkan.. Kau mahu percaya terserah.. Itu hati mu.. Dan kau juga jangan sibuk hati aku..
0 comments:
Post a Comment