Sunday, July 17, 2011

Kisah si pencuci tandas

Pada ketika rata-rata rakyat hamba kerajaan Malaysia sedang enak diulit mimpi,dia terjaga dari tidurnya ketika alarm jamnya membingitkan bunyi bising.. Ditekannya pnat di atas jam loceng itu yg menunjukkan ke angka 5.. Di paling kan melihat anak2 kecilnya masih tidur diulit mimpi yg berulang-ulang dan ada yg baru.. Si tubuh separuh abad lantas mengumpulkan sekuat sisa tenaga untuk bangkit dari tempat peraduan..

Setelah keluar dari kawasan peraduannya,si pemilik badan separuh abad itu lantas membersihkan diri dari kekotoran di badannya dengan air sejuk menggigit kulit2 dan tulang belulangnya.. Kemudian di siram air sejuk itu lagi ke tangan kanan dan kiri mengikut urutan hingga lah ke kaki kanan dan kiri.. Kemudian si tubuh berusia itu menyucikan batinnya dengan solat tahajjud..

Setelah seketika,badan itu digagahi untuk menyediakan santapan makan pagi dan jugak sekaligus disediakan santapan makan tengahari.. Untuk puteri2 dan putera2 pujaan hatinya yg sudah terkoyak lama..

Selesai memasak,tubuh itu bergegas pula menunaikan solat Subuh.. Selesai solat Subuh,dia mengejutkan puteri2 dan putera2nya dari peraduan indah dan menyiapkan mereka untuk ke sekolah.. Ya,hanya ilmu yg dapat diwarisi oleh si tubuh tua itu kepada putera2 dan puteri2nya.. Diharapkan mereka akan mengubah nasib keluarga.. Mengubahkan pandangan orang keliling yg rendah ke tanah memandang mereka agar tinggi memuja suatu hari nanti..

Dihantarnya putera kecilnya yg seorang itu ke sekolah dengan mengayuh basikal yg hanya menunggu masa untuk terkubur.. Kemudian dia mengayuh lagi untuk ke tempat dia mencari suapan nasi buat keluarganya..

Dia memulakan tugasnya.. Ditukar kasut ke bot plastik agar tidak mengenai air ke kakinya.. Dipakainya sarung tangan getah dan penutup hidung.. Prosedur syarikat kata mandurnya.. Harus dipakai.. Wajib benarnya..

Di tuang cecair pencuci kuning itu ke mangkuk putih besar itu di setiap satu semuanya.. Kemudian diberus dan dibilas.. Dimop lantai bilik kecil itu hingga berkilat bersih.. Segala dinding dan kaca dandanan di lap rapi.. Setiapnya di buat seorang diri.. Ahhh! Alah bisa tegal biasa..! Berbulan dilakukan seorang diri tanpa rakan..

Ada yg mengutuk dirinya pekak dan tuli.. Pencuci tandas yg pekak.. Tapi dia tidak endahkan.. Bukan mereka yg menyuap anak2 dan dirinya makan.. Malah mencemuh sahaja mereka tahu.. Tidak menguntungkan mendengar.. Biar ditutup pekak kedua telinga..

*Kehidupan seorang pencuci tandas tidak indah sentiasanya walaupon dia mampu tersenyum dan bergelak tawa macam insan kebanyakannya.. Jangan disindir,jangan dicemuh.. Jasanya kau tak dapat bayangkan.. Aku rasa bersyukur.. Dapat mengenali seorang dan melakukan kerja sepertinya.. Supaya aku tahu apa rasa dan perasaannya mencuci itu..

p/s: Buat Mak Cik Zah dan pencuci tandas seantero dunia.. Teroskan perjuangan sucimu! Aku sentiasa menjadi penyokong nombor satu.. :)

1 comments:

hamzah ian said...

aku sokong juga..