Monday, June 3, 2013

Kisah Arjuna dan Ratnasari.

Kau pernah tak dengar kisah Arjuna dan Ratnasari?

Mari. Aku kisahkan.

Kau tahu? Si Ratnasari itu diam simpan rasa kasih buat Arjuna. Dari kecil bersahabat. Bergurau senda bersama.

Tapi si Arjuna tidak terfikir apa pula. Hanya dipandang Ratnasari sebagai sahabat hidup mati. Cuma.

Suatu hari,si Arjuna datang terkocoh-kocoh meluru pada Ratnasari. Dikhabarkan,Arjuna akan menyunting seorang gadis cantik yang hidup di hujung kampung.

Ratnasari senyum. Tapi hatinya kelat,pekat hanyir.

Sejak hari itu,Ratnasari cuba lari. Hinggakan dia lari tidak lagi didengar kisah tentang dia lagi.

Arjuna?

Dia terus lupa yang selama ini dia pernah ada Ratnasari dalam hidupnya.
Kerana sudah ada suri di matanya. Di hatinya.
Bahagialah hendaknya sang Arjuna.
Selamatlah hendaknya si Ratnasari.

P/s: Sayangnya aku pada kau,hingga aku sanggup lenyap terus jika itu buat kau gembira bahagia.

posted from Bloggeroid

0 comments: