Aku mahu secawan kopi hitam pekat yang harum itu.
Ditemani kau.
Dan kau tadahkan telinga kau mendengar apa yang aku mahu katakan.
Aku mahu ceritakan tentang apa sahaja.
Asalkan bukan tentang aku,dia dan dia.
Aku mahu kita tenang hirup kopi pekat harum dan panas itu dihembus angin tepi bendang.
Depan rumah aku,kawan.
Yang mana borak kosong kita sampai tak sedar sudah 3 pagi.
Yang mana kau sampai lupa apa tujuan asal kau ke mari.
Aku mahu itu.
Momen itu.
Aku mahu ceritakan itu.
Aku mahu ceritakan tentang apa sahaja.
Asalkan bukan tentang aku,dia dan dia.
Ayuh.
Lupakan rasa cinta yang sial pada kekasih.
Dan cerita bersama aku.
Tentang aku,kau,dia dan dia.
Asal bukan kekasih sial itu.
tak faham
7 years ago
0 comments:
Post a Comment