Wednesday, March 9, 2011

Aku bacul dan hina di mata mu!


Pahitnya aku dan kamu hingga buatkan aku teragak-agak untuk memijak lagi ke bumi..
Takot haiwan kecil membaham kakiku..
Takut aku terpijak jerangkap samar..
Dan akhirnya aku perlu memulakan kembali permainan..
Permainan ku terus bermula semula dengan manis dan ku tunggu penuh sabar..
Agar aku dan mereka kembali kimia seperti aku dan kamu dulu..

Argggghhhh! Aku menjerit..
Tidak.. Bukan pada kamu mahupon dia atau mereka..
Pada diriku sendiri yang bacul dan jahil dalam bidang ini..
Tiada salah nya mereka atau aku..
Salah kamu sudah lama aku humban ke longkang..
Tak berguna.. Sisa-sisa kotor sahaja..

Aku angkat topi buat kamu..
Ya..! Jujur dari sudut hati aku paling bawah ini..
Sebab apa?
Hahahah!
Kerana kamu bisa bergembira bersama cicak-cicak tangkapan kamu..
Sampai bila cicak bertahan.. Atau lebih tajam..
Sampai bila kamu bisa bertahan sama cicak-cicak sarkas kamu?

Aku tidak mendoakan kan kejatuhan..
Jauh lagi dari kamu sungkur..
Kerana sakit hati disiat belati jika kau tersungkur..
Siapa lagi kau ada selain cicak-cicak itu?

Aku takut bagai kan anak kecil dengan guruh..
Memeluk tubuh di sudut bilik..
Ketakutan..
Tp aku perlu bangkit!

Sampai bila aku mahu di bilik ini dan berhenti belajar?
Aku tahu kamu sudah cukup tahu..
Aku bukan jenis ikan keli memakan umpan cacing..
Aku punya seketul daging berharga di kepala tengkorak ku..
Aku tak pasti kamu ada atau tidak..
Nah!

Ketakutan itu buat aku serik untuk membina lagi..
Membina benteng paling kukuh yang kau hancur kan dulu..
Dan aku lihat kamu di satu sudut memandang aku membina..
Membina benteng yang tinggi amat..
Bersama mereka..

Apa rasa dalam seketul daging di dada mu?
Sakit kah? Berdegup kencang kah?
Enak kah mata mu meyaksikan?
Jelek kah?
Apakah?

Apa rasa mu itu..?
Aku simpati..
Kerana aku tahu kamu patut punya rasa yang paling hebat sedunia dari aku..
Kerana kamu kan gah benar dalam dunia impi mu..
Kamu lah raja sekalian rakyat mu..
Tahniah..
Kerana kamu lah yang membuat aku bacul dan hina sedemikian kali..
Tahniah!

0 comments: