Yang mana kita bergadai,berjual seluruh harta dan jiwa untuknya.
Tahniah kau sudah selesai berjuang sementaranya. Tapi sahabatku. Andai kau tahu apa aku rasa sejak dulu.
Keping kertas tergulung ini hanyalah untuk kepuasan yang tersayang cuma.Jangan kau bergantung harap yang abadi pada kepingan kertas digulung itu semata.
Kau buatlah apa sahaja. Asal jangan kau jualkan jiwa kau buat manusia penyiksa jiwa.
Jangan gadaikan jiwa kau llagi setelah bertahun,sahabat.
Percayalah pada Dia.
Yang mengurnia apa yang kau perlu,dari apa yang kau mahu.
Berulang aku tulis,untuk ingatkan kau,aku,dia dan dia.
Jangan takut membebaskan jiwa engkau sahabat.
Ayuh sama aku.
Aku turut sama dengan engkau.
Ayuh!