Monday, November 26, 2012

Kau manjakan aku,sahabat.

Assalammualaikum.

Minggu ni minggu sesak di sekitar Seksyen 7,Seksyen 2 dan sekitar UiTM Shah Alam.

Istiadat Konvokesyen.

Tahniah pada yang ambik skrol kali ni. Tahniah berjaya survive selepas bertahun belajar.

Doakan lancar urusan aku sem ini,dan aku pulak nak ambik skrol tu. Gatai jaa tangan ni rasanya nak sambut skrol tu. Heee.

Sesak jugak hati ini,sahabat.
Tapi tak terluah.
Sedih.
Kecewa.
Sayu.
Sakit.
Terharu.
Terluka.
Berjurai air jiwa murah seorang perempuan ini malam harinya,awal paginya meluahkan isi dalam dada buat Pencipta.

Ya.

Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui.

Dia jugak yang akan sembuhkan semua kesakitan dan keperitan ini dengan pengalaman dan pahala yang Dia titipkan buat hamba yang hina ini.

Allahuakhbar,mana mungkin aku tanpa Dia.

Terasa juga,mana mungkin aku tanpa mu sahabat.

Tapi cukup. Cukuplah bagiku Allah.
Cukup aku jaga Allah,dia akan lagi rapi jaga aku.

Sahabat,aku faham.
Cuma,aku belum biasa. Masih terbuai dimanja kau. Terasa Mak ada disisi bila kau manjakan aku,sahabat.

Sudah lah manjakan aku,biar aku kuat sendiri. Biar Dia sahaja jaga aku.

P/S: Tahniah semua kawan-kawan BM216 yang konvo. Tahniah Rosel dan bebudak Acc :)

posted from Bloggeroid

0 comments: