Monday, November 26, 2012

Kau manjakan aku,sahabat.

Assalammualaikum.

Minggu ni minggu sesak di sekitar Seksyen 7,Seksyen 2 dan sekitar UiTM Shah Alam.

Istiadat Konvokesyen.

Tahniah pada yang ambik skrol kali ni. Tahniah berjaya survive selepas bertahun belajar.

Doakan lancar urusan aku sem ini,dan aku pulak nak ambik skrol tu. Gatai jaa tangan ni rasanya nak sambut skrol tu. Heee.

Sesak jugak hati ini,sahabat.
Tapi tak terluah.
Sedih.
Kecewa.
Sayu.
Sakit.
Terharu.
Terluka.
Berjurai air jiwa murah seorang perempuan ini malam harinya,awal paginya meluahkan isi dalam dada buat Pencipta.

Ya.

Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui.

Dia jugak yang akan sembuhkan semua kesakitan dan keperitan ini dengan pengalaman dan pahala yang Dia titipkan buat hamba yang hina ini.

Allahuakhbar,mana mungkin aku tanpa Dia.

Terasa juga,mana mungkin aku tanpa mu sahabat.

Tapi cukup. Cukuplah bagiku Allah.
Cukup aku jaga Allah,dia akan lagi rapi jaga aku.

Sahabat,aku faham.
Cuma,aku belum biasa. Masih terbuai dimanja kau. Terasa Mak ada disisi bila kau manjakan aku,sahabat.

Sudah lah manjakan aku,biar aku kuat sendiri. Biar Dia sahaja jaga aku.

P/S: Tahniah semua kawan-kawan BM216 yang konvo. Tahniah Rosel dan bebudak Acc :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Rezeki bukan sekadar duit..

Assalammualaikum..

:)

Hidup makin baik..

Luka dah baik.. Tapi ada parut..

Rezeki Allah kurniakan buat aku takjub dengan kuasa Ilahi.. Dia berikan aku apa yang aku perlu dan bukan apa yang aku mahu..

Yang aku perlu tentu lagi penting kan?

:)

Kalau tengok tajuk kat atas tu,aku patutnya cakap pasal rezeki..

Aku nak kongsi..

Masa cuti semester yang lama berbulan haritu,aku kerja cleaner sama dengan Mak aku.. Tapi aku kerja seminggu,demam.. Terus aku berhenti..

Time tu nak raya tau.. Aku memang teringin nak jubah hitam,tapi duit ada berapa jaa kat tangan time tu..

Rezeki Ramadhan,Abah belanja jubah hitam yang sangat cantik aku rasa.. Aku suka..

:)

Kemudian,Mak bagi duit raya..
Subhanallah..

Petang orang buat ketupat,aku pi jalan Pekan Alor Star dengan adik..

Aku teringin lama dah nak beli tafsir Al-Quran.. Berkat duit yang tak banyak kat tangan aku,aku beli tafsir mini di petang akhir Ramadhan tahun tu..

Bulan ni,gaji aku RM600.. Kawan cakap,bolehkah nak survive kat KV ni gaji gitu?

Aku mengeluh juga dengar.. Takut juga.. Dengan sewa,makan,minum semua..

Tapi aku rasa cukup.. Tak lebih,tak kurang.. Aku masih dapat apa aku PERLU.. Walaupun apa aku NAK kadang-kadang takdak,tapi cukup..

:)

Aku nak kongsi ini..

Rezeki bukan sekadar duit..

P/S: Terima kasih yang ada bersama aku berjalan di bumi penuh sakit dan gembira.. :)

posted from Bloggeroid