Friday, December 30, 2011

Datangnya harap bersinar..



Buku itu tinggal helaian akhir..
Apa mahu aku isi kan?
Madah cinta? Madah makian hari2 aku?
Madah hidup aku?
Tiada yang istimewa hidupnya aku..
Jelek orang membaca..

Helaian itu tamatnya hari ini..
Apa aku nak coret? Apa yang tinggal untuk aku karut?
Aku insan bodoh yang bangang pada hari2 begini..

Mahu dipaksakan jari gemuk ini mengetuk..
Tapi apa yang nak diketuk..
Ayat madah apa yang nak disusun?
Sudah!
Aku memang bodoh si tolol!

Aku bukan Fynn Jamal..
Aku bukan Bob..
Aku tak punya buku isi Ranap..
Aku tak punya buku isi Bogel Menuju Tuhan..

Tiada coret istimewa buat 2012..
Dihadapan cermin kaca petak cuma..
Dengan secawan besar kafein yang harum..
Dengan nota-nota lunyainya..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!
Terperuk aku di sini..
Tiada langsung bunyi percikan bunga api mahupun sorak gemilang rakyat marhein gembira tahun 2011 ditinggalkan..

Lebih senang begini..
Kerana ini aku..
Senyap..
Shhhhhhhh....
Aku nak dengar bunyi malam..
Bunyi malam 2011 yang bertemu bunyi malam 2012..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!




0 comments: