Pernah tak kau rasa malu menadah tangan menghadap Tuhanmu?
Pernah tak kau teresak menangis kerana malu asyik meminta?
Pernah tak kau rasa kau terlalu banyak meminta sedangkan kau selalu lupakan Dia?
Pernah kau rasa sangat2 malu?Hinggakan kau tutup matamu dengan kedua belah tangan yg menadah memohon Redha-Nya?
Hingga kau buangkan rasa malu pada hamba yg lain memandang?
Kerana malu pada Dia lebih ketara?
Pernahkah? Pernah di tengah-tengah hujan lebat menggila di luar itu? Di dingin pagi2 buta?
Dan yg kau mohon hanya Redha-Nya tika itu,tiada lain?
Ya... Aku malu...
Malu meminta tp sering lupa Dia yg tak pernah tinggalkan aku..
Aku malu pada Dia..
Kerana aku lupa syukur nikmat segala yg melimpah..
Nikmat yg aku tak nampak,nikmat yg aku nampak tp tidak aku syukuri...
Ya Allah,aku malu menghadap-Mu..
tak faham
7 years ago
0 comments:
Post a Comment