Sunday, September 18, 2011

Aku nak litup menuju Tuhan aku,Bob!

Aku cuma nak cakap...

Aku dah beli buku Zahiril Adzim..

Ya ya... Yg belakon Juvana tu..

Tp aku kenal dia kat dalam KAMI,dan lebih kenal di blog dia tu haa...

Aku tau dia makin femes amos sekarang ni,but like I care?

Tahniah untuk dia dapat rezeki serupa itu..

Filem Bunohan dia tu pon dah diedarkan di peringkat antarabangsa kan?
Kat sini aku dapat tau.. Sila klik sini..

Bukan senang kot!

Bangga!

Suka buku dia tu..

Since aku suka puisi..

Kalau tak HARAM lah aku nak suka buku tu kot? Ngee!

Ok..

Dah..!

Tatattatatataaaaaaaaa....!

Thursday, September 15, 2011

Aku malu pada-Mu,Tuhan..

Pernah tak kau rasa malu menadah tangan menghadap Tuhanmu?

Pernah tak kau teresak menangis kerana malu asyik meminta?

Pernah tak kau rasa kau terlalu banyak meminta sedangkan kau selalu lupakan Dia?

Pernah kau rasa sangat2 malu?Hinggakan kau tutup matamu dengan kedua belah tangan yg menadah memohon Redha-Nya?

Hingga kau buangkan rasa malu pada hamba yg lain memandang?

Kerana malu pada Dia lebih ketara?

Pernahkah? Pernah di tengah-tengah hujan lebat menggila di luar itu? Di dingin pagi2 buta?

Dan yg kau mohon hanya Redha-Nya tika itu,tiada lain?

Ya... Aku malu...
Malu meminta tp sering lupa Dia yg tak pernah tinggalkan aku..
Aku malu pada Dia..
Kerana aku lupa syukur nikmat segala yg melimpah..
Nikmat yg aku tak nampak,nikmat yg aku nampak tp tidak aku syukuri...

Ya Allah,aku malu menghadap-Mu..

Maaf!

Aku benci..

Bila aku punya paranoid tak berhenti-henti..

Benci bila aku terus2 seksa diri membenci apa yg sayang aku..

Kenapa aku benci apa yg sayang aku? Dan sayang yg aku dah benci bila aku kat pedalaman jauh dari hiruk pikuk bunyik hon kereta? Aku sayang apa yg aku benci di tengah2 hutan? Kenapa mesti macam ni?

Aku kenapa ni?

Mid life crisis?

Aku nak cari apa kat dunia ni? Kenapa Allah campak kan aku ke dunia?

Pernah tak kau fikir?

Pernah kawan kau pon fikir benda yg sama?

Pernah kau nak sangat... Eagerly nak sujud tengah malam buta dan menangis depan Dia atas sejadah?

Pernah?

Aku dah gila..

Maaf...

Aku betol2 gila..

Aku tak tau nak rant kat sapa2...

So aku spill kat blog buruk dan twitter ja..

Maaf lagi..

Sungguh aku mintak maaf ni...

Maaf kan aku semua...........

MAAF!

Babai..

Wednesday, September 14, 2011

Susah untuk aku juga..

Alhamdullillah.. Majlis baca Yasin masok rumah baru dah pon selamat kami buat tadi pas Isya'.. Rasa syukur,terharu,gembira,penat,suka semuanya bercampur baur dalam diri aku.. Really I don't know what to say la.. Yg aku tau,aku terharu gila time semua sama2 baca Yasin kat rumah sewa kami tadi.. Aku rasa aku ada satu family besaq kot? Entah.. Tuhan ja tahu kenapa aku terharu sangat tadi sampai berkaca-kaca mata aku.. heh..

Ermmm... Tadi aku beli novel lagik.. 3 semuanya..

Harga ----------> RM85.70

Adik kat EconSave tu cakap,"Dasyat lah akak ni.."

Tp aku tak rasa dasyat pon.. Hahahah... Sebab ada ja org beli buku lagi banyak2 dan lagi mahal2 dari aku.. Maybe ni dia punya first time kot jumpak customer cam ni.. Hahahah...

Aku beli buku Wa Ai Ni Allah,Puteri Lindungan Bulan dan Gurindam Jiwa Hlovate.. PLB tu aku memang nak dari zaman sekolah lagi kot.. Tp tu lah.. Tak cukup duit kot,aku mana lah nak ada duit zaman2 sekolah ni haa.. Kan? Kan? Aku tak sempat lagi nak baca sebab baru sangat beli tu haa.. :)

Apa lagi eh aku nak cakap? Ermmmm2.. Haaa! Ak cuma nak cakap,aku tak sempurna dan mustahil sempurna malah aku tak pernah anggap pon aku sempurna atau sewaktu dengan nya..

Aku cuma nak cuba jadi yg lebih baik ja lah.. Dan aku tau,CUBA tak semestinya menjadikan aku BAIK dah pon.. Aku masih mencuba.. Dan sekiranya aku perlu mengambil masa selama semur hidup aku untuk mencuba menjadi baik,AKU AKAN MENCUBA UNTUK JADI BAIK..

Dan macam dalam karya Hlovate,VERSUS.. Bukan senang nak jadi baik.. Amar makruf nahi mungkar itu bukan senang.. Amat susah.. Tp macam aku kata tadi,aku nak cuba dan KITA HARUS CUBA..!

Aku sangat banyak kekurangan,dan aku nak baiki lubang2 yg cacat dalam hidup aku.. Aku nak tampal lubang2 tu.. Dengan bantuan dan Redha-Nya..

Maaf kan aku sekiranya apa yg aku buat sekarang menimbulkan sesuatu dalam hati kau.. Tp datang lah tanya pada aku dan akan aku terangkan..

Bukan senang untuk aku tapi aku tahu ini tak mustahil pon kan? Please let me? Buat apa yg aku mampu untk menghadap Dia..

P/s: Aku bukan malaikat,aku buat salah..SETIAP HARI.. Maaf kan aku atas salah silapnya.. :)

Saturday, September 10, 2011

Berubah

Alhamdullillah.. Hidup lagi seorang yg bernama Ernie nihidup lagi di bumi Allah yg kaya ni.. Anyhow aku rasa aku dah byk lain kot from my last entry.. Aku rasa lain lah.. but I would never know pon.. Org lain sekeliling should notice it lah..

Dah nak masok semester baru dah pon.. Macam tak terasa cuti ni.. Bila bukak sem,byk yg akan berubah kadang2 tu.. Tak byk pon sikiiiiiiiiiiiit lah kan? Ada yg berubah makin baik,ada yg berubah makin jahat.. But then,hope suma akan baik2 saja..

Aku cuma harap dapat berubah.. TERUS BERUBAH DAN TAK PANDANG BELAKANG LAGI DAH.. Lagipon aku dah tua.. 22 ain't a good number nak namapak cool depan orang2 mahupon apa.. Mintak redha Nya patot kan?

Pesan aku,apa pon perubahan aku nanti,terimalah dengan matang dan doakan aku tetap dalam skala perubahan dan malah bertambah lagi.. Aku nak TEGAS kan kat sini yg aku tak pernah rasa ditekan oleh mana2 anasir mahupon manusia apa pon di atas MUKABUMI ni yg membuatkan aku berubah.. Pendek kata,AKU BERUBAH KERANA AKU YG MAHU BERUBAH..

Honestly,aku tak pernah aih nak buat satu2 benda tu sebab aku kena paksa.. Aku TEGAS kan benda ni sebab I'm expect people will talk.. Dan semestinya,I'll them to.. Tp ni penjelasan awal lah.. There's more to come..

p/s: Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,dari tepi jalan ke sujud menghadap Tuhan.. #Hlovate