Berapa ringgit harga untuk seliter airmata?
Kau rasa murah bukan?
Sebab pada pandangan kau airmata wanita ni mudah sangat mengalir..
Mudah sangat tersentuhnya hatiwanita ni..
Lepas hatinya tersentuh,dia mengalirkan airmata..
Tp kau tahu nilai airmata seorang wanita yg menahan dari ia mengalir?
Kau tahu betapa perit penyeksaan yg wanita itu lalui?
Dia ke ziarah kubur Ayah nya..
Di tahan airmata dari mengalir..
Hanya yg bahagia dan menggembirakan sahaja yg dia mahu Ayah nya tahu..
Dia mahu adiknya lihat kegembiraan sahaja..
Dia mahu Ibunya lihat keceriaannya sahaja..
Apakah kau tahu nilai airmata dia?
Mungkin kau ada nampak dia mengalirkan airmata..
Tp kau tahu apa yg ada dalam hatinya?
Sedetik apakah yg terlintas?
Tidak..
Kau mana mungkin tahu..
Kau hanya tahu menghakim dan menuduh..
Betapa wanita itu berdrama di mata kau..
Kau sangat mudah menjeling dan meludah..
Ibarat airmata wanita itu tidak bernilai..
Kau tahu betapa tiada yg hadir tika dia perlukan insan untuk berbicara?
Kau tahu?
Tidak..
Kau tidak tahu..
Ahh! Kau tidak mahu tahu sebenarnya kan?
Kau kejam..
Menilai wanita itu sepantas kau..
0 comments:
Post a Comment