Salam hari Khamis!
Aqi ni cam besa fak gua bgi brekpes free.. Sapa cepat dia dpt.. Dah 2 minggu kot gua dengan AINA fail dalam task untuk mendapat kan sandwich,air kotak susu dan epal.. Tp bagai kan di awang-awangan,haqi ni gua dan AINA berjaya mendapat kan nya.. *Pssst.. kami orang 20 terakhir kot..*
Bagussss lah pada yang memberikan buah fikiran memberi brekpes free ni haa.. Dan jugak lots of tunduk hormat pada mereka yang menyumbang tenaga,duit dan sebagai nya dalam memberi kami budak2 fakulti brekpes free.. Terharu mak noksss!
Pemberian brekpes free ni sedikit sebanyak telah memberi motivasi kepada semua pelajar-pelajar fakulti kami untuk cuba datang ke kelas dengan lebih awal nampak nya.. :)
Student ni ada yang mai kelas naik bus Rapid KL,ada jugak yang boifren hantaq, merempit dengan kawan2,naik Bus UiTM Di Hati ku(cam gua),dan memandu kereta mahupon van mahupon lori..
Time pepagi ja mulalah bersesak2 nak mai ke kelas ni... Ada yang kena bersesak2 di bus stop,ada yang kat toilet kolej lagi dah bersesak ni... Haa... Sesak2 nak tunggu turn nak mandi lah.. Bangkit pon pkoi 8 pg.. Kelas pkoi 8.30 pg.. Mana tak hangin Lectrer kita kat Fak tuh! Jalan pulak ada congestion.. Hehehhe...
Anyway kawan2.. Gua nak sentuh sikit ja pasai congestion atau kesesakan lalu lintas di dalam kampus gua ni haa... Tp suka hati gua lah kalo gua tetiba nak masok kan kawasan Klang Valley ka,Batu Pahat ka,Aloq Staq ka.. Ni kan belog gua... Buuuueeekkk! :p
Ok lah.. Gua tiba2 rasa semangat gila nak menaip ini entri.. Wahahahha!
Al-kisah nya,gua time first time mai duk Shah Alam ni punyalah peqak habaq hang.. Gua p kelas naik Bus Rapid KL.. Ni memang ada area2 ni ja.. Kat Aloq Staq nun mana ada! Kat Penang pon punya Rapid gua xpenah naik lagi.. Tp lectrer gua cakap service dia sangat tip top.. So,nanti gua nak try bila gua p Penang.. WAJIB dalam senarai travel gua tuh..
Ok.. Berdasarkan dari observation gua lah kan.. Gua dapati lane jalan di kampus gua ni kecik ja.. Kalo buh ja 2 bus UiTM tu,dah padat gila.. Memang boleh muat tu ja.. Kalo kancil boleh la buh 3 kot.. Silap2 4!
Dah la student bawak kereta pulak qamai.. Yalah depa ni anak orang2 kaya suma nya.. Mak Pak depa bisnes2 suma.. Aku nak bawak kereta mai sini?? Kat rumah aku pon xdak sebijik pon kereta lah derr...
Dah lah jalan nya kecik.. Sesak gila pepagi cakap lu.. Pak gad pon mula lah bengang,pantang nampak salah sikit mula di pretttttt nya wisel dia tuh.. Tp itu memang kerja dia.. Gua berterima kaseh lah pada pad gad seUiTM.. :) *mentang2 lah hang x kena dengan pa=k gad lagik!* Tu x masaok lagik hon daqi encik2 driver bus UiTM.. Yang dalam bus pon dah bingit,tambah lah kat bebudak yang terkedek2 melintas jalan kan? Mau mati lemah jantung di buat nya.. Hahhaha!
Pak gad jugak sangat alert dengan kereta2 bukan staff dan bukan lectrer yang di par di dalam kawasan kampus.. Kereta selain student WAJIB kena clam ya... :p Itu tanggungjawab mereka...! Saya sokong mereka melaksanakan tugas mereka.. Yang salah patot dihukum.. Kerana menyusah kan orang sekeliling..
Maka disebab kan parking yang tidak mencukupi,pihak pengurusan telah menetap kan semua kereta student perlu di park di Padang Kawad.. It's kind of a park and ride punya service lah.. It's not kinda,IT IS!
Gua memerhatikan hal ini sejak gua sem 1.. Gua xpaham pon masa tu awat lah p buat sistem ni?? Rupanya sebab xdak spaces nak parking kat Fak.. Gua x belajaq lagi apa tuh park and ride,and suma2..
Tp berdasarkan masalah yang utama iaitu jalan sesak di dalam kampus.. Masalah jalan sesak ini mungkin berkurang sedikit dengan wuju nya kemudahan park and ride.. NAMUN,hanyalah sedikit.. Kereta banyak2 masih lagi masok ke dalam kampus dan menuju ke Padang Kawad yang datang nya dari pelbagai arah yang menyeluruh dari semua pintu masok dan semua laluan.. Ini masih menyesak kan kawasan di dalam kampus.. Malah, gua qasa masalah ni semakin terok kot.. Ini kerana makin haqi semua student afford to have a car to class..
Gua pernah menyuarakan idea gua kepada beberapa rakan gua.. Hhahahah..! Apa kata kalo buat ja Padang Kawad di luar UiTM?? Macam mana nak heqet Padang Kawad ke luar UiTM plak? Hang ni Ernie,merepek memang hang pandai kan?
Oit! Kita kena kurang kan kenderaan didalam kampus.. Sebab apa? Polution is very high derr.. Gua dapat rasa kan perubahan itu semakin meningkat sejak dari gua sem 1 hingga kini.. Makin banyak penyakit gua tenguk.. Gua dapat rasa kan udara kotor dalam kampus.. Pepagi pon karbon monoksida banyak di udara.. Tak dak chance gua nak rasa kan udara segar..
Apa yang gua maksod kan bawak Padang Kawad ke luar adalah,carik 1 bidang tanah di luar kampus dan jadi kan kawasan itu sebagai kawasan park and ride.. Student perlu drive their car to this NEW park and ride.. Then, they will take a ride on a buses.. Bus UiTM kan ada.. Kalau tak mampu bus UiTM nak cover capacity student yang sangat ramai,boleh kan berunding dengan Rapid KL.. Gua sure,depa tak kan nak tolak duit juta2 kan? Student kita lah yang duk jamu depa haqi2..
Gua tidak menyumbang pada kesesakan ini dan pencemaran ini secara langsung nya.. Gua jalan kaki saja dan naik bus.. Gua support public transport.. :) *Padahai hang xdak pilihgan lain kan? hang mana ada keta!*
Ya! Gua xdak keta.. Dan gua bangga! Sebab gua tak perlu nak susah hati pikiq yang gua bersalah pada nak cucu cicit gua yang gu lah bertanggunngjawab mencemar kan kesucian alam ini totally..
Gua di kira antara penyelamat kerana mengguna kan bus saja..
Apa?
Bus lagi banyak asap daqi kereta? Lagi hitam asap dia?
Hey you! Asap bus memang hitam,tp kalo 20 kereta tak kah menyumbang lebih dah daqi asap hitam sebijik bus tadi?? And 20 bijik kereta tu kalo di sumbat kan dalam bus tadi,dapat banyak menyumbang kepada mengurang kan pencemaran udara,dan bising hon2 keta tuh..
Gua ni jalan kaki,tp gua lah yang menerima bala nya.. Gua lah yang sedut asap kereta lu.. Gua lah yang akan kena kanser paru2 nanti.. Lu sedap suk dalam air-cond suma.. Dah lah menipiskan lapisan ozon pulak air-cond dia tuh.. Aisshhhh! Lu memang bersalah lah pada anak cucu cicit lu..
Gua sebagai pejalan kaki yang tegar sejak sem 1 ingin mengusulkan lift di tangga2 dan di jalan2 bukit yang wujud di kawasan kampus ini.. Agar pencemaran udara dapat dikurang kan.. Sebagai negara yang ingin teros maju di mata dunia kita kena ikot jejak langkah negara maju seperti Jepun,Hong Kong dan UK.. Mereka mengutamakan pejalan kaki dan pengguna public trasnport,dan bukan nya pemandu kereta yang merupa kan penyumbang utama kesesakan lalu lintas dan mengotorkan udara ni..
Sekian,gua dah penat..
p/s: Gua kesal dengan penguatkuasaan di merata2 kawasan di Malaysia.. Lack of enforcement.. Tenkiu..