Saturday, February 23, 2013

Rindu kekasih.

Aku rindu dia,dia,dia.
Aku rindu mereka.

Yang mana waktu aku jatuh,mereka yang menghulur tangan.
Yang mana waktu aku sedih,mereka menggeletek hati aku.
Yang mana waktu aku sayu,mereka yang belai rambut aku.
Yang mana waktu aku terluka lutut aku hampir setiap hari,mereka menyapunya dengan tangan sakti mereka.
Yang mana luka kerana di cium dek pacat bendang nostalgia,mereka merawat dengan daun jambu batu.

*senyum

Rindu rupanya aku pada tiga insan gagah ini.

Tok Wan,Ayah,Abang Di.

Inilah kekasih yang pernah wujud dalam hidup aku. Yang akan terus wujud,takkan padam.

Yang mana hanya mereka mencintai aku,apa adanya aku.

Yang buta benar cintakan aku.
Yang aku buta tidak nampak cinta mereka.


P/s: Bakal suami,inilah kekasih saya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 20, 2013

Bahagia.

Jika dengan memanggil aku anjing dapat membahagiakan mu,panggil lah.

Jika dengan meludah muka hodoh aku dapat membahagiakan mu,ludah lah.

Jika dengan menyepak terajang aku dapat membahagiakan mu,sepak terajang lah.

Jika dengan melanyak hati ini dapat membahagiakan mu,lanyak lah.

Jika apa saja dapat bahagiakan kau yang satu ini,buatlah ke atas aku.

P/s: Ada beza cinta dan bodoh.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 14, 2013

Kucing kurap tengah bendang.

Di pagi dinihari itu.
Ada seekor kucing kurap,telinganya jatuh.
Seorang gadis bisu memandang.
Apa ceritanya,apa nasibnya.
Bisik gadis bisu dihati sendiri.

Seekor kucing kurap yang telinganya jatuh itu.
Tidak terkutik,di tengah bendang cuma.
Mata terpejam.
Tegak simpuh lagak sang kucing.

posted from Bloggeroid

Monday, February 11, 2013

Pura-pura.

Kau datang dalam hidup aku.
Ajar aku,bahagiakan aku.
Indah.
Sungguh terpaling indah.

Tapi saat aku terjaga,kau hanya ciptakan mimpi.
Mimpi yang aku idamkan untuk bawa ke alam realiti.

Oh.
Sakitnya.
Bila aku sedar.

Kau yang itu.
Aku dingin,kerana aku sakit.

Kau yang itu.
Aku dingin,kerana aku sayu.

Kau yang itu.
Aku dingin,kerana aku pura-pura.

Kau yang itu.
Aku dingin,dalam ketawa aku sakit.

Kau mungkin tak faham apa aku titipkan di sini.

Tapi itu lah.
Yang aku rasa.
Yang kadangnya aku sendiri tidak faham apa aku rasa.

Aku tak tahu mahu buat apa,untuk kurangkan sakit ini.

Aku sungguh tak tahu.

p/s: Kau tak faham wei,aku sakit dan sayu. Ketawa aku semalam,buat-buat.

posted from Bloggeroid

Friday, February 8, 2013

Sekat.

Aku malas nak agak,andai semua.
Aku pun malas nak tanya.
Jadi,apa kau rasa luahkan jujurnya pada aku.
Dan aku sedia ada untuk kau.

Maafkan aku jika aku terpaksa sekat kau di sana.
Kerana aku sayu.

Huh!

Dulu kau kata kau mahu tanya khabar aku.
Hey,aku tengah susah hati.
Dan jujurnya,aku harap kau datang tanya aku.
Bukan minta kau tolong.
Hanya mintak kau tanya khabar aku.
Macam dulu-dulu itu.

Ya.

Aku sayu.
Aku sedih.

Aku sekat.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 2, 2013

Lelaki merekot.

Lelaki lebih separuh abad itu merekot badannya di perbaringan.
Dipekakkan telinga yang tak tuli.
Ditahannya air jiwa dari mengalir.

Anaknya berteriak itu ini.
"Siapa dapat balik jaga bapak?"
"Aku kerja"
"Suami aku tak izinkan"
"Kena kumpul duit ni untuk jaga bapak"

Si lelaki tua merekot itu senyap tidak terkutik.
Langsung tidak.

Tiada tahu apa ada dalam hati dia itu.

Wahai anak,
Selama puluh tahun ini bapakmu tatang beri makan jaga kau.
Tiap sakit demam dijaganya kau tak pernah gagal.
Rungut satu apatah lagi.

Wahai anak,
Kenapa tidak kau jaga hatinya dia?
Yang dibibir bapak meniti akan perginya dia tak lama lagi.

Wahai anak,
Apa kau sebegitu sanggup?
Letakkan lah dirimu ditempatnya.

Wahai anak,
Jagalah hati dia lelaki tua kau panggil bapak itu.
Kerana kau tak tahu berapa ramai diluar sana,sanggup gadaikan apa sahaja demi memiliki bapak mereka kembali dipeluk sesaat cuma.

posted from Bloggeroid

Friday, February 1, 2013

Seorang wanita anak lima tanpa suami.

Seorang wanita itu.
Kuat aku lihat dia.
Seorang diri tanpa seorang bergelar suami.
Oh. Sungguh aku terpaling kagum.

Seorang wanita itu.
Dengan anaknya lima.
Pagi pergi,malam pulang.
Demi senyumnya anak yang berlima.

Sungguh macam hendak tertumpah air jiwa atas kuatnya dia.
Dengan tercapit kakinya seorang diri tadi.
Digagah hidup yang menghimpit.

Ya Tuhan.

Kau rahmatilah dia.

Atas segala nikmat dan kurniaMu.

posted from Bloggeroid