Monday, October 15, 2012

Rintihan..

Assalammualaikum..

:)

Aku kalau dah susah,malu nak mintak tolong kawan-kawan ni..

Sungguh..

Kadang-kadang tu,nak mengadu pon malu..

Kadang-kadang ja laa..

Ada jugak kisah masalah aku tu,aku pendam sorang jaa.. Tiada sesiapa tahu.. Sebab aku rasa lebih baik begitu..

Mungkin kerana aku rasa kalau aku luah pon kawan aku tak boleh buat apa pon..

DAN....

Mungkin kerana aku rasa cukup Allah dengar rintihan hambaNya setiap kali aku atas kain hijau segi empat itu..

Allah ada,sudah cukup sebenarnya..

Tapi sebagai manusia,aku perlu sahabat dan teman..

Itu aku kena mintak dengan Allah..

:)

Mudahan..

posted from Bloggeroid

Monday, October 1, 2012

Terima Kasih Allah

Assalammualaikum..

Sudah lama rasanya tak mencoret di sini.. Hidup bagus,kalau pun tak bagus aku usaha dalam menjadikannya bagus..

:)

*Menghela nafas berat

*Senyum

*Memandang skrin tak berisi

Aku punya hari-hari yang sangat panjang sebelum ini.. Hari-hari ini pon masih lelah sebenarnya.. Cuma berlagak kuat,berlagak menjadi wanita besi supaya aku betul-betul menjadi besi..

Agar tak luntur di telan api mencanak darjahnya..

Awalnya,aku sayu dan perit bila taufan melanda hidup ini.. Aku ingat tiada tempat nak aku tumpang teduhkan diri.. Waktu itu,aku lupa.. Sungguh aku lupa..

Allah ada bersama aku..

Tidak pernah dia tinggalkan aku..
Tidak pernah..
Malah,tidak mungkin..

:)

*Senyum memandang skrin dengan lebih tenang dan lapang dada..

:)

Aku ada dia..

Ya..

Disaat aku rasa forever alone, seorang sahabat cakap..
"Allah kan sentiasa ada bersama awak?"..

:)

Terima kasih Allah! Kerana Kau ada.. Kerana kau kurniakan aku sahabat yang mengingatkan aku..

*Terharu..