Saturday, March 31, 2012

Bawaku Pergi kena banned? Tak luak pon kes lari rumah,weyh!!!

Apabila itu kau utuskan sebegitu tanpa perbicaraan,apa lagi mahu di tanya?
Kau punya kuasa untuk semua mengikut tarikan tali yang kau hala kan..
Terkadang aku lihat,kau yang punya kecetekan fikiran yang lebih dari pihak yang kau canangkan cetek..

Pabila sang beri perintah tidakkan ilmu sang ilmuan..
Pabila sang perintah tidakkan ilmu sang cendiakawan..
Pabila sang perintah tidakkan hak sang pemungut hak..
Pabila sang perintah tidakkan hak sang pemuisi..

Aku bukan sesiapa..
Tapi terasa terpalit sama tahikerbau sang perintah..

p/s: Maaf! Aku emosi bila musik temeh tempat org berhibur di bawa ke medan tempur tiada pengadilan.. Semalam seharian lagu ni aku mainkan dan pusing dalam kepala aku.. Untuk idea puitis terbaik! Malique always the best!

Friday, March 23, 2012

Aku ada Allah

Kalau benda tu lurus aku akan katakan ia lurus.. Tp kalau aku rasa benda itu bengkok,aku tak kata lah ia lurus.. Biarlah kau sogokkan aku dgn jadah apa pon..

Aku pernah kena tampar sampai demam sebab aku katakan,"you can say whatever you want to say,but I don't believe you!"..

Aku katakan apa yg aku percaya.. Walau tidak aku katakan,kau mampu ka nak ubah apa yg aku fikir? Siapa kau? Melainkan kau punya fakta yg solid dan tepat! Itu saja caranya..

Bukan seorang yg seperti aku yg mengampu! Kau salah aku katakan salah.. Biar tiada tempat di istana kau,aku apa peduli!

Cukop org terdahulu buat binasa sampai aku terasa bisa!

Aku tak mahu anak cucu keturunan aku rasa apa yg aku rasa..

Aku tak da peluang kerjaya? Hahahaha.. Lawak lah..

Kerana aku org punya prinsip!
Kerana aku org punya otak!
Kerana aku punya 1 fikiran yg kau tak punya,REZEKI ALLAH YANG BAGI BUKAN MAKHLUK!

Sekian,
Dari insan lelah tengah bandar Shah Alam.. Yang hampir menangis bila tiada bintang di malam hari..

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 13, 2012

Lontaran

Lontaran ini memang perlu.. Buat dikongsikan fikiran kamu pada yang perlu.. Ya,mana lah tahu.. Fikiran yang kamu itu mampu mengubah dunia menjadi syurga?

Namun adindaku,harus di ambli pasakkan ke akalmu.. Fikir dahulu sebelumkau melontar.. Berhati-hatilah dalam melontarkan kata-katamu itu adindaku..

Betapa aku sudah cukop rasa binasanya melontar tanpa berfikir..
Aku mahu kamu adindaku tidak merasa kepahitan ini..