Tuesday, June 28, 2011

KERACHOT PART 3..

Yup!

Aku ke sana lagi kali ini.. Baru ja p bulan lepas dan aku mai lagi bulan ni.. Urmmm,bulan depan tak tau lah pulak macam mana.. :p

Ok.. Kali ni masih mengekalkan misi roti tanpa nasi di Kerachot.. Namun nak kata bertuah tak la bertuah sangat,tapi bukan senang nak dapat rezeki macam ni kat tengah2 hutan dan Pantai Kerachot tu.. Malam pertama ada gang2 Lecturer POLIMAS jamu kami makanan yg sangat2 heaven sekali bila ada kat hutan..

Ok.. IMAGINE..

Kami makan ayam bbq,ikan bakaq,aiq asam,kentang sedap,sup ekoq pon ada woi! Bak kata salah sorang pak cik2 tu, "Sampai gadoh2 la nak mai ni,ampa nak mai buat camping ka mai nak buat kenduri??"..

Ternyata depa memang buat kenduri.. Kenduri kat kami.. :)

Anyway ramai jugak yg duk wat pala tanya kami,"Korang orang sini ke? rumah kat sini?"
AND I WAS LIKE.................................. Muka kami dah macam beach girl kahhh?! Gila bangga la sat.. Tp depa memang tak tau ka kat National Park mana ada org awam tinggai buat rumah.. Adoyai... SEDEYYYYYYYYYYYHHH!

Oh btw, kali ni aku berjaya tidoq ataih jeti.. 2 malam jugak lah.. Malam yg kedua tu macam mangkit jugak p tidoq kat Hall pasai kilat pelik sangat aku tengok.. Tak berani..

Oh ya! Pit mai jugak.. Bawak "anak" dia.. Hahahahha... Gila ada bakat jadi pak.. Serius lawak pulak bila teringat "anak" Pit tu.. Hahahah... Best wooo duk kacau "anak" dia.. Memang naik malu kawan tu.. A new memoirs had been captured there this time.. :)

TERIMA KASIH KERACHOT.. KAU TEROS MEMANGGIL WALAU BERAPA KALI AKU SUDAH JEJAK KAU.. MAK CAKAP"HANTU KERACHOT DUK PANGGIL KOT?" SO FUNNY MAK!

P/S: Benar,aku rasa terpangei2 ja nak p kerachot.. Adik had the same feeling like me.. :) Adik aku sempot! booooo! hahahah!

Sunday, June 19, 2011

Selamat hari bapa dari seorang yg kehilangan..

Salam Ahad..

Pertama sekali aku nak mengucapkan rasa SYUKUR yg tak terhingga kepada Pencipta.. Aku punya result might not as good as others yg duk p post status kat FB,twitter mahupon blog ala2 yg berbunyi,"Alhamdullillah DL lagi" atau "Syukur.. Tersenyum puas" atau " GOOD MOOD"..

Tp aku mengucap SYUKUR yg teramat nya atas kurniaan Dia atas apa sahaja yg Dia berikan kerana ini setimpal dgn apa yg aku patot dapat atas usaha aku yg tak seberapa.. :p

Keduanya aku mengucapkan puas atas apa yg dirancang berjaya terlaksana.. Pagi2 mangkit masak nasik goreng and boooooom! Bermain aiq di Ulu Langat,Sungai Gabai.. Then,pas maghrib aku,Alin dan Izzah straight ke I-City semata nak tengok Hujan Band.. Wooot!

Then,balik tadi ada cerita melayu cerekarama kat TV swasta ni haa.. Perghhh... Cerita dia tengok 5 saat dah boleh agak ending.. Memang tipikal.. Konon sempena Hari Bapa lah? Nak sedih2? Apa gila mcm tu ka pathetic hidup rakyat Malaysia? Tak dak cerita yg menggembirakan ka nak bagi kat Mak Bapak kita sempena Hari Bapa yg patot disambut dengan kegembiraan?? Urgghhhh! Putuihhhhh!

Sempena esok hari bapa,aku nak mengucapkan SELAMAT HARI BAPA pada semua yg menjadi bapa.. You guys made us secure during the hardest time.. Thanks! Dan esok juga sebenarnya Ulangtahun Kelahiran Arwah Ayah yg ke 46 sepatotnya..

Ayah,disetiap adanya aku pasti kau mengikut di belakang..

Setiap perginya aku kau iringkan dengan penuh kasih yg menjungjung..

Aku berlari jauh dan kau teros perhatikan dari jauh dan melekat..

Padamu aku harta tak ternilai itu,kau kata kan padaku dulu..dan buat airmata gugur murah..

Kau percaya aku sejauh itu..

Kau yakin aku ini seperti apa..

Sejauh mana aku akan pergi,terjatuh,terluka dan sembuh..

Kau biarkan aku jatuh,dan terluka..

Kau perhatikan dan hulurkan tangan tika aku perlu..

Kau ada..

Sentiasa...

Dengan aku...

Di sini...

Aku akan pastikan kau tetap ada..

p/s: Selamat Hari Bapa.. Ucapkan,raikan bersama bapa anda.. Make sure you always than him for everything.. Made him feel special.. PLEASE DON'T REGRET! :) SALAM!

Thursday, June 16, 2011

dah tak rare...


Aku melahirkan rasa yg dia dah tak rare.. Jahat kan aku? Hahahahha..... Tp tu lah.. I just being myself.. dan dia juga..

dah tak rare...

Sebagai yg meminati dia sebelum empayar JUVANA dia,aku rasa yg di sekeliling nya agak hipo.. MAAF!

It is in a big word..

MAAF..

MAAF..

Dah keluaq tv,dah komersial,dah keluaq melodi,dah tunang dgn Sheira Ayob then people knowledge.. Hah! Berapa kerat yg tahu dia pernah berlakon cerita KAMI?

Member2 aku pon ada yg tak kenal.. Yg kenal sebab aku duk sebut2 atau baru tahu sejak keluarnya JUVANA di tv.. Hahahah....

MAAF..

MAAF..

MAAF..

:)

Ni blog aku.. Suka hati aku daa...

This what I feel.. Tp masih aku ada di belakang nya di setiap jatuh bangun nya seorang bernama Zahiril Adzim.. Di waktu orang sekeliling dia benci atau suka.. Aku dan "Kawan2 yg kita suka" memang sentiasa ada dengan dia.. Benar.. Ini janji aku untuk Punjangga Hati.. :)

p/s: Pujangga Hati = Rakyat pengkarya seni..





Saturday, June 11, 2011

Hipokrit lagi kah?

Aku malas nak amik pot benda2 yg bangang.. Itu suma kerja2 bodoh budak2 baru nak naik.. Bajet ayu cantik gila babi.. Pleaseeeeeee la weyh.. Kau tu budak baru nak naik ja..

Kau hanya buat seorang yg mahu jadi dirinya sendiri jatuh rebah.. Kau buat dia mahu jadi orang lain kembali..

Kenapa dengan kau?

Apa tidak kau paham erti sahabat yg hanya mahu kau gembira dengan gurauan? Kau tak reti bergurau eh?

Kalau kau bangang sangat tak reti bergurau pergi duduk dalam hutan lah.. Atau terbang ke bulan.. Sesuai lah dengan kau.. Insan hebat yg tak pernah meremukkan hati orang.. Hebat benar kau ya? MAKSUM!

Ya! Di mata kau aku seorang punya dosa yg dibuat.. Kau mana pernah berbuat.. Kau kan maksum.. Yg haram kau nak halal kan pulak.. What is wrong with you,dear?

Kalau apa yg aku buat memang segalanya berdosa di mata kau,tutup mata mu.. Dan kau pernah fikir apa aku fikir tentang kau? Heh! You will never want to know.. Betol..

Mak..

Buat insan itu...
Aku mahu kau bahagia..
Tidak apa aku begini..sudah terbiasa..
Kau tahu aku menyanjung mu bukan?
Tolong biarkan aku beri duka ku buat makanan kegembiraan mu..

Insan itu tetap memikir aku..
Tetap saja menjulang kebahagian aku walau aku yg selalunya selama ini lari..
Ya...
Aku yg selalu lari dari dirinya sejak kehilangan itu..

Benar...
Bukan kau pinta semua itu..
Kehilangan atau penemuan itu..
Mana kau pinta.. Mana mungkin..

Sudah aku janji pada diriku kau terulung..
Kalau kau mahu tahu..
Aku sanggup menyerah kan nyawa ku untuk mu..
Tidak..
Bukan aku main2 soal nyawa..


p/s: Mak tau kan kak long sayang mak? Segalanya untuk mak.. Untuk apa kak long buat semua ni kalau bukan untuk mak dan adik2? Mak pon begitu,pasti kan.. Mak jangan kau fikirkan apa rasa ku.. Kerana rasa ku hanya lah untuk melihat mu bahagia setelah lama benar rasanya kau berduka di mata aku sejak aku melihatmu Mak.. Kak Long sayang mak.. Ketat2..

Wednesday, June 8, 2011

Fynn Jamal dan mimpi kita..


Tadi.. Aku ada test 2 OPM530.. Dan.............. Lagu BIAR JIWA yg jadik siulan aku sejak akhir2 ini masok Hot Fm.. Aku mampu buat apa? Aku cuba geledah web Hot Fm nak carik sedutan itu.. Aku bukak page Fynn Jamal.. Dan aku tak berjumpa.. Tak ada jodoh.. Untuk aku saksikan detik penuh sejarah buat insan bernama Fynn Jamal..

Tp jujur aku bangga dengan kecekalan insan ini.. Tahniah!

P/s: Semakin hampir.. :)

Monday, June 6, 2011

Penceritaan seorang FYNN JAMAL pada kami..

AKU YANG BERNOMBOR 107.. PEMILIK CD PROJEK KESIAN INI.. :)
Aku dah dapat cd Projek Kesian dengan rasminya kat tangan aku.. Telinga aku sedang menghadam lagu penceritaan nya.. Mata aku merembes air jernih atas syahdunya penceritaan nya.. Penceritaan oleh seorang bernama Fynn Jamal..

Terima kasih.. Atas bakatmu..

Penceritaanmu..

Syukur masih ada yg begini bakatnya..

p/s: Sangat terpana.. Tidak tahu apa mahu aku ulas selanjutnya tentang cd ini Kak Fynn.. Kau memang selalu buat aku nangis begini... Jahat! BIAR aku dengar tanpa Arwah Ayah disisi.. Ingatannya sentiasa.. Al-Fatihah..

BIAR BY FYNN JAMAL

BIAR BY FYNN JAMAL

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

P/S: Aku ambil dari sini.. Hebat lirik dan penceritaan itu.. Buat airmata seorang anak murah.. Sangat murah..
Tak rugi aku fund Projek Kesian.. Benar.. Malah bersyukur amat..

Biar - Fynn Jamal @ Akar


Ayah yg menjadi kan aku hingga hari ini.. Pasti bersama Mak.. Aku mahu segulung kertas itu untuk Ayah.. Sebagai balasan kononnya.. Tapi mana mungkin kertas itu aku banding kan dengan jasa agung Ayah? Sungguh tidak ada yg dapat aku jadi kan kayu pembanding jasa agung Ayah... Tidak mungkin..

p/s: Sungguh aku rindu padamu Ayah.. Mana mungkin aku bisa lakukan kerja2 harian ku tanpa memikirkan kamu.. Aku rindu..

Thursday, June 2, 2011

Sayang aku...Jamu aku..

Tiada kata aku nak susun lagi weyh..
Aku dah cukup susun tertib kata2 aku dulu..
Tapi tidak disambut..
Maka aku biar kan sisa itu di situ..
Dan aku berhenti menjamu..
Dan aku tunggu kau yg menjamu aku..

Aku tahu kau takot..
Ya..
Aku juga ada rasa takot..
Aku bukan luar biasa..

Tapi aku mahu yg baik2..
Aku pasti kau juga kan?
Tidak salah KITA sama2 cuba..

Mari.. Kita cuba..
Sama2...

Jika benar kau sayang aku..

p/s: You know how I love you..

Jualan Basi!

Kalau dikatakan TIDAK..
Aku biarkan dia tidak mengikut.. Aku tinggal kan dia..
Benar..
Aku takkan paksa insan bernama Adik itu..

Jiwa dia rapuh di dalam keras di luar..
Insan itu aku biarkan lakukan apa yg dia mahu..
Tp mata aku meliar perhati gerak nya..

Dan dia sendiri datang..
Itu aku selalu ada untuk dia setiap adanya nafas aku..
Begitu juga dia ada bagi aku setiap nafas dia..

Aku tahu dia..
Dia juga tahu aku..
Kau jual dekat pengemis..
Mereka lagi memerlukan dari kami..
Terima kasih..
Kami tak lalu dengan jualan basi kau..

APA YG AKU MAHU DALAM HIDUP?

Benar aku bersyukur diberi kesempatan untuk terserempak dengan buku "Contengan Jalanan"..
Benar buat aku berfikir.. Sangat berfikir.. Sangat terkesan mungkin lebiih tepat.. Aku mula berfikir setiap bait kata kandungan isi yg ada dalam nya.. Kau tahu? Aku mula rasa aku dalam diri FEND,CHAD,K2..

Tapi aku bukan Chad.. Aku masih belum jumpa apa yg sudah Chad jumpa.. Ya... Chad dapat apa yg dia cari seumur hidup dia sebelum nyawa bercerai dari tubuh.. Dia jugak kuat.. Dia yg bermusafir untuk mencari erti hidup itu.. Sesuatu yg semua insan PERLU cari..

Aku jugak bukan Fend.. Yg sanggup menggantung Fender selepas revolusi Chad.. Aku tak jumpa apa yg Fend dan Chad carik.. Aku tak jumpa lagi hingga disaat aku sedang membalun keyboard di riba Orked ni.. Aku dah tonton 11th Hour,tapi bahasanya sukar aku faham.. Pekat sangat slanga dia mungkin?

Aku masih mencari.. Aku mahu berjumpa.. Jumpa apa yg Fend dan Chad jumpa.. Tahu kah kau hati aku meronta2 bagai mintak di temukan dgn apa yg aku patot ketemu?

Aku penat.. Mula fikiran dak kecamuk! Aku sampai dah tenggelam dgn apa yg dicari dan mencari.. Hampir lemas aku.. Aku lemas dalam diam di daratan.. Benar sebijik perasaan K2 mungkin..

Ya Allah.. Ketemukan apa yg aku cari.. Jodoh kan aku dgn erti hidup itu berjumpa sebelum 11th hour.. Aku mohon Ya Allah..

p/s: Hampir aku telan lumat isi2 Contengan Jalanan.. :) dalam terpaksa.. BENAR..