Thursday, March 28, 2013

Kau macam...

Kau macam pokok rambutan kat rumah Tok ni.
Teduh tapi bawahnya banyak nyamuk.

Kau macam kucing Tok.
Menakutkan tapi manja.

Kau macam rama-rama kat sini.
Cantik menari-nari depan aku,tapi tak pernah hinggap kat bahu aku pun.

Kau macam ayam kampung Tok Cik yang datang curi makan nasik kucing Tok.
Gagah kononnya,tapi aku nampak seorang anak kecil sepi yang kasihan dalam diri kau.

Aku nampak kau di sekeliling aku setiap hari,detik dan waktu.
Hakikatnya kau tak ada.
Ingatlah aku selalu ada,di sini.
Jika suatu hari aku dibawa lari,aku harap kau cari jalan itu sendiri.

P/s: Aku kan kakak,kadang-kadang mak kau.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 21, 2013

Semoga kau bahagia,sayang.

Terasa ditoreh hati ni,tapi luka tak nampak.
Terasa dicampak ke bawah selepas dilambung bahagia.

Ambillah.

Ambillah senyum bahagia aku,buat kau tampalkan dalam hidup kau bersama dia.

Janji manis dulu,aku takkan lupa.
Ya,aku tahu kau lupa.

Jadi,teruskan lupa.

Teruskan melangkah maju bersama dia.

Harap kau bahagia. Harap aku jumpa kau kat syurga.

Aku harap aku jadi bidadari kau.
Aku harap..........
Aku harap yang baik sahaja buat kau,sayang.

P/s: Hujan lebat dihati.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 17, 2013

Wahai cinta

Wahai cinta,
Aku mahu kongsi hidup ini denganmu.
Aku mahu kau aku disebut,senafas manusia satu alam.
Aku mahu kau pandang mata aku dan bisikkan,"Semua baik-baik saja,sayang"

Wahai cinta,
Aku tidak malaikat.
Aku manusia penuh khilaf.
Khilaf aku,aku biarkan hati buta-buta pilih kau.
Walaupun aku sakit hujungnya.

Wahai cinta,
Aku mahu jadi bidadarimu.
Bidadari dunia,dan ketua bidadari di syurga buatmu.

Wahai cinta,
Maafkan aku.

Wahai cinta,
Aku pergi hanya jika kau halau diri ini.

Wahai cinta,
Teruskan hidupmu dan bahagia.

Wahai cinta,
Aku sentiasa ada.

Wahai cinta,
Terasa pedih hati ini tanpamu.

Wahai cinta,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu.


P/s: :(

posted from Bloggeroid

Saturday, March 9, 2013

Ibu pada dunia aku.

Ibu.
Yang di panggil ibu itu adalah di waktu satu dunia meludah hina ke wajah aku,dia tetap meluru ke arah aku.

Dia yang terjengket kakinya itu tetap datang menghadang wajah aku dari diludah hina. Di sapunya muka aku dari air liur kebencian dengan tangan keramat dia.

Ibu.
Di waktu hati ini bersepai ke bumi,dia mengutip cebisannya dan dirawat. Masih teliti rawatannya atas robeknya hati aku dengan tangan keramat itu.

Ibu.
Terimalah kasih anakanda mu ini.
Tak dapat kujanjikan mewah dunia.
Tapi aku pasti syurga kau nanti,aku pelayan mu.

p/s: Selamat hari lahir,Ernie.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 23, 2013

Rindu kekasih.

Aku rindu dia,dia,dia.
Aku rindu mereka.

Yang mana waktu aku jatuh,mereka yang menghulur tangan.
Yang mana waktu aku sedih,mereka menggeletek hati aku.
Yang mana waktu aku sayu,mereka yang belai rambut aku.
Yang mana waktu aku terluka lutut aku hampir setiap hari,mereka menyapunya dengan tangan sakti mereka.
Yang mana luka kerana di cium dek pacat bendang nostalgia,mereka merawat dengan daun jambu batu.

*senyum

Rindu rupanya aku pada tiga insan gagah ini.

Tok Wan,Ayah,Abang Di.

Inilah kekasih yang pernah wujud dalam hidup aku. Yang akan terus wujud,takkan padam.

Yang mana hanya mereka mencintai aku,apa adanya aku.

Yang buta benar cintakan aku.
Yang aku buta tidak nampak cinta mereka.


P/s: Bakal suami,inilah kekasih saya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 20, 2013

Bahagia.

Jika dengan memanggil aku anjing dapat membahagiakan mu,panggil lah.

Jika dengan meludah muka hodoh aku dapat membahagiakan mu,ludah lah.

Jika dengan menyepak terajang aku dapat membahagiakan mu,sepak terajang lah.

Jika dengan melanyak hati ini dapat membahagiakan mu,lanyak lah.

Jika apa saja dapat bahagiakan kau yang satu ini,buatlah ke atas aku.

P/s: Ada beza cinta dan bodoh.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 14, 2013

Kucing kurap tengah bendang.

Di pagi dinihari itu.
Ada seekor kucing kurap,telinganya jatuh.
Seorang gadis bisu memandang.
Apa ceritanya,apa nasibnya.
Bisik gadis bisu dihati sendiri.

Seekor kucing kurap yang telinganya jatuh itu.
Tidak terkutik,di tengah bendang cuma.
Mata terpejam.
Tegak simpuh lagak sang kucing.

posted from Bloggeroid