Showing posts with label Nana atas Awan. Show all posts
Showing posts with label Nana atas Awan. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Kisah si pencuci tandas

Pada ketika rata-rata rakyat hamba kerajaan Malaysia sedang enak diulit mimpi,dia terjaga dari tidurnya ketika alarm jamnya membingitkan bunyi bising.. Ditekannya pnat di atas jam loceng itu yg menunjukkan ke angka 5.. Di paling kan melihat anak2 kecilnya masih tidur diulit mimpi yg berulang-ulang dan ada yg baru.. Si tubuh separuh abad lantas mengumpulkan sekuat sisa tenaga untuk bangkit dari tempat peraduan..

Setelah keluar dari kawasan peraduannya,si pemilik badan separuh abad itu lantas membersihkan diri dari kekotoran di badannya dengan air sejuk menggigit kulit2 dan tulang belulangnya.. Kemudian di siram air sejuk itu lagi ke tangan kanan dan kiri mengikut urutan hingga lah ke kaki kanan dan kiri.. Kemudian si tubuh berusia itu menyucikan batinnya dengan solat tahajjud..

Setelah seketika,badan itu digagahi untuk menyediakan santapan makan pagi dan jugak sekaligus disediakan santapan makan tengahari.. Untuk puteri2 dan putera2 pujaan hatinya yg sudah terkoyak lama..

Selesai memasak,tubuh itu bergegas pula menunaikan solat Subuh.. Selesai solat Subuh,dia mengejutkan puteri2 dan putera2nya dari peraduan indah dan menyiapkan mereka untuk ke sekolah.. Ya,hanya ilmu yg dapat diwarisi oleh si tubuh tua itu kepada putera2 dan puteri2nya.. Diharapkan mereka akan mengubah nasib keluarga.. Mengubahkan pandangan orang keliling yg rendah ke tanah memandang mereka agar tinggi memuja suatu hari nanti..

Dihantarnya putera kecilnya yg seorang itu ke sekolah dengan mengayuh basikal yg hanya menunggu masa untuk terkubur.. Kemudian dia mengayuh lagi untuk ke tempat dia mencari suapan nasi buat keluarganya..

Dia memulakan tugasnya.. Ditukar kasut ke bot plastik agar tidak mengenai air ke kakinya.. Dipakainya sarung tangan getah dan penutup hidung.. Prosedur syarikat kata mandurnya.. Harus dipakai.. Wajib benarnya..

Di tuang cecair pencuci kuning itu ke mangkuk putih besar itu di setiap satu semuanya.. Kemudian diberus dan dibilas.. Dimop lantai bilik kecil itu hingga berkilat bersih.. Segala dinding dan kaca dandanan di lap rapi.. Setiapnya di buat seorang diri.. Ahhh! Alah bisa tegal biasa..! Berbulan dilakukan seorang diri tanpa rakan..

Ada yg mengutuk dirinya pekak dan tuli.. Pencuci tandas yg pekak.. Tapi dia tidak endahkan.. Bukan mereka yg menyuap anak2 dan dirinya makan.. Malah mencemuh sahaja mereka tahu.. Tidak menguntungkan mendengar.. Biar ditutup pekak kedua telinga..

*Kehidupan seorang pencuci tandas tidak indah sentiasanya walaupon dia mampu tersenyum dan bergelak tawa macam insan kebanyakannya.. Jangan disindir,jangan dicemuh.. Jasanya kau tak dapat bayangkan.. Aku rasa bersyukur.. Dapat mengenali seorang dan melakukan kerja sepertinya.. Supaya aku tahu apa rasa dan perasaannya mencuci itu..

p/s: Buat Mak Cik Zah dan pencuci tandas seantero dunia.. Teroskan perjuangan sucimu! Aku sentiasa menjadi penyokong nombor satu.. :)

Saturday, July 16, 2011

Si bangang tolol biasa2 sahaja ini..

Ya.. Aku bukannya kebanggaan mana2 ibu atau bapa pon.. Aku hanya insan yg sangat biasa..
Aku tersangatlah biasa hinggakan udara di hirup tak terasa menyenangkan.. Hingga kehadiran aku tidak diketahui.. Hinggakan suara aku ibarat bunyi helaan angin yg terlalu biasa sahaja.. Aku terlalu biasa sangat dimata semuanya..

Ya.. Aku tidak pernah meminta untuk menjadi si luar biasa.. Buat apa jadi istimewa andai tidak bahagia.. Aku bukan penagih kebahagian tiada tara..

Ya.. Aku pernah bermimpi hidup aman sentosa ibarat hikayat ceritera cinta dongeng.. Tp bila tersedar dari peraduan,aku jelas amat mana mungkin aku si bangang biasa2 ini mampu hidup seumpama mimpi.. Nak menjadi biasa pon aku lelah,tambahan untuk menjadi seperti yg dilukiskan di dalam mimpi?

Ya.. Aku tolol katamu.. Aku tidak tahu ilmu.. Aku tidak tahu Tuhan.. Aku tidak tahu dek untung! Hanya dirimu yg mampu menari2 di hadapan hadirin sekalian dewan agung.. Aku bahkan nak menjadi pendamping pon mana layaknya berdiri sebelahmu.. Aku malah diisyaratkan senyap membisu.. Suaraku tiba2 jadi hak milikmu untuk kau jaga..

Ya.. Maafkan aku jika aku yg biasa2,bangang dan tolol dan tuli ini membuat ibarat tahu segalanya.. Tapi aku tak pernah meminta kau percaya apa yg aku katakan.. Apa yg aku khabarkan.. Kau mahu percaya terserah.. Itu hati mu.. Dan kau juga jangan sibuk hati aku..

Saturday, June 11, 2011

Mak..

Buat insan itu...
Aku mahu kau bahagia..
Tidak apa aku begini..sudah terbiasa..
Kau tahu aku menyanjung mu bukan?
Tolong biarkan aku beri duka ku buat makanan kegembiraan mu..

Insan itu tetap memikir aku..
Tetap saja menjulang kebahagian aku walau aku yg selalunya selama ini lari..
Ya...
Aku yg selalu lari dari dirinya sejak kehilangan itu..

Benar...
Bukan kau pinta semua itu..
Kehilangan atau penemuan itu..
Mana kau pinta.. Mana mungkin..

Sudah aku janji pada diriku kau terulung..
Kalau kau mahu tahu..
Aku sanggup menyerah kan nyawa ku untuk mu..
Tidak..
Bukan aku main2 soal nyawa..


p/s: Mak tau kan kak long sayang mak? Segalanya untuk mak.. Untuk apa kak long buat semua ni kalau bukan untuk mak dan adik2? Mak pon begitu,pasti kan.. Mak jangan kau fikirkan apa rasa ku.. Kerana rasa ku hanya lah untuk melihat mu bahagia setelah lama benar rasanya kau berduka di mata aku sejak aku melihatmu Mak.. Kak Long sayang mak.. Ketat2..

Thursday, June 2, 2011

Sayang aku...Jamu aku..

Tiada kata aku nak susun lagi weyh..
Aku dah cukup susun tertib kata2 aku dulu..
Tapi tidak disambut..
Maka aku biar kan sisa itu di situ..
Dan aku berhenti menjamu..
Dan aku tunggu kau yg menjamu aku..

Aku tahu kau takot..
Ya..
Aku juga ada rasa takot..
Aku bukan luar biasa..

Tapi aku mahu yg baik2..
Aku pasti kau juga kan?
Tidak salah KITA sama2 cuba..

Mari.. Kita cuba..
Sama2...

Jika benar kau sayang aku..

p/s: You know how I love you..

Jualan Basi!

Kalau dikatakan TIDAK..
Aku biarkan dia tidak mengikut.. Aku tinggal kan dia..
Benar..
Aku takkan paksa insan bernama Adik itu..

Jiwa dia rapuh di dalam keras di luar..
Insan itu aku biarkan lakukan apa yg dia mahu..
Tp mata aku meliar perhati gerak nya..

Dan dia sendiri datang..
Itu aku selalu ada untuk dia setiap adanya nafas aku..
Begitu juga dia ada bagi aku setiap nafas dia..

Aku tahu dia..
Dia juga tahu aku..
Kau jual dekat pengemis..
Mereka lagi memerlukan dari kami..
Terima kasih..
Kami tak lalu dengan jualan basi kau..

Thursday, May 26, 2011

Takot Cinta..

Cinta boleh buat Malaikat jadi setan..
Tp cinta yg benar dan lurus jalannya buat setan jadi Malaikat..
Maka aku takot cinta itu buat aku jadi setan yg betol2 setan..

Saturday, May 21, 2011

KERACHOT~ Tribute to you!

Kerachot..
Mendaki untuk bertemu dengan mu adalah nikmat..
Nikmat yg Agung, perlukan pengorbanan..
Aku lelah untuk bertemu mu..
Tp aku gagah kan hingga titisan peluh terakhir.. Kau buat kan aku rindu kan kedamain mu..
Kecantikan dan keindahanmu buat aku termimpi..
Sungguh,aku tak tipu..
Hingga aku tekad..
Menawanmu berseorangan pon tidak mengapa..

Lelah,penatnya aku hilang..
Tiap tiba, aku di alunkan muzik semulajadi mu..
Bunyi ombak itu sungguh mengasyik kan..
Ya..
Benar.. Aku terbuai..
Aku bisa memandangnya dan mendengar bunyi nya..
Tanpa jemu dan asyik..
Tanpa aku lakukan apa2..
Aneh,aku lupa indahnya muzik ciptaan..
Kerana muziknya ombak pukul pantai sangat Agung..
Takala malam, ombak nya sayup2..
Ibarat membuai aku beradu..

Kerachot..
Kau bukti ciptaan Nya yg Agung..
Izinkan kita bertemu lagi akan datang..
Izinkan kegagahan ku teguh lagi..
Izinkan masa ku lapang lagi..
Kerana kau punya keindahan yg tak terucapkan..

Day 2 at Kerachot..
8.15am..
p/s: Gua terkesima (gedik nak perkataan ni jugak!) dengan alunan ombak memukul pantai di Pantai Kerachot.. Gua stay berdiri about beberapa minit jugak sambil Nur Aqilah Othman duk buat Sudoku nya.. Gua duk tengok laut dan mula membiarkan telinga asyik hingga gua lupa duduk.. Sungguh gua asyik.. Tidak gua buat2.. Kenapa ombak itu muzik yg indah amat? Hingga terngiang2 di telinga gua saat menaip ini.. Ahhh...! Gua benar2 rindu alunan muzik ombak Kerachot.. Gua kena pergi lagi.. Moga dilapang kan..

Wednesday, May 18, 2011

Nilai airmata wanita itu..

Pernah tak kau tahu nilai harga airmata seorang wanita?
Berapa ringgit harga untuk seliter airmata?
Kau rasa murah bukan?
Sebab pada pandangan kau airmata wanita ni mudah sangat mengalir..
Mudah sangat tersentuhnya hatiwanita ni..
Lepas hatinya tersentuh,dia mengalirkan airmata..

Tp kau tahu nilai airmata seorang wanita yg menahan dari ia mengalir?
Kau tahu betapa perit penyeksaan yg wanita itu lalui?
Dia ke ziarah kubur Ayah nya..
Di tahan airmata dari mengalir..
Hanya yg bahagia dan menggembirakan sahaja yg dia mahu Ayah nya tahu..
Dia mahu adiknya lihat kegembiraan sahaja..
Dia mahu Ibunya lihat keceriaannya sahaja..

Apakah kau tahu nilai airmata dia?
Mungkin kau ada nampak dia mengalirkan airmata..
Tp kau tahu apa yg ada dalam hatinya?
Sedetik apakah yg terlintas?

Tidak..

Kau mana mungkin tahu..
Kau hanya tahu menghakim dan menuduh..
Betapa wanita itu berdrama di mata kau..

Kau sangat mudah menjeling dan meludah..
Ibarat airmata wanita itu tidak bernilai..
Kau tahu betapa tiada yg hadir tika dia perlukan insan untuk berbicara?
Kau tahu?

Tidak..

Kau tidak tahu..
Ahh! Kau tidak mahu tahu sebenarnya kan?
Kau kejam..
Menilai wanita itu sepantas kau..

Wednesday, May 11, 2011

Bisa tawar..

Aku hilang bisa itu..
Aku pulih dari sakit itu yg merentap jiwa..
Tp aku rasa kan kehilangan yg dalam..
Bukan..
Bukan rasa sakit.. Tidak!
Rasa yg selama ini sebati dalam diri ibarat hilang tiba2..
Macam aku sudah sebati dengan sakit itu.. Dan aku pulih.. Dan aku tak biasa kan diri bila pulih..

Aku tak bersyukur?
Tidak.. Tidak..
Kalau aku tidak bersyukur aku akan mengeluh..
Aku bukan nya mengeluh..
Aku menerima..
Malah tidak aku luah kan dengan kata2 rasa ku ini..
Takkan Tuhan tak merasa?
Mesti Dia merasa rasa aku..
Jadi,aku tak bersyukur?
Aku manusia biasa..
Jadi aku punya rasa.. Itu buat kan aku tak bersyukur?
Atau kau mahu aku manusia yg hidup sebagai boneka?

Aku bukan boneka!

Aku manusia yg punya rasa berbagai2 rasa..
Bukan hanya sedih,gembira,kecewa..
Aku punya lagi rasa yg manusia tak dapat gambar kan dengan kata2..

Ya..
Aku rasa rindu akan rasa bisa itu..
Tp yg sekeliling aku buang kan rasa bisa itu..
Agar aku sihat katanya..
Tp bukan kerana aku mereka buang bisa itu dari aku..
Mereka buang bisa itu kerana mereka pedih membantu aku..
Mereka penat merecik peluh membantu aku..

Maka,mereka cuba buang kan bisa itu..
Aku rela kan bisa itu di cabut buang..
Kenapa?
Aku tak mahu sekeliling aku pedih..

Nak!
Akhirnya aku yg pedih..
Aku yg sengsara..duka lara..
Tapi aku senyum..
Harap dia bahagia..

Thursday, May 5, 2011

:(

I get hurt.. Then I'll made a silence sounds.. And this face.. :( And I can't talk about it..
Then,my tears off.. Ican't focus on what I'm doing.. Lastly, I'll sleep for hours..

Ok! I need my beauty sleep!

Sunday, March 27, 2011

Sesal..

Bila aku kehilangan seseorang yang memberi kan aku nyawa..
Aku mahu kau ada..
Ada di sisi aku dan bisik kan"Aku bersama mu walaupon semua di dunia minggir kan kau"..
Aku titis kan airmata kesal aku saat dia pergi meninggal kan..
Kesal aku dalam setiap nafas aku,setiap darah yang menitis,setiap detik nadi ku,setiap degup daging kecil di dada ku..
Aku mahu kau kurang kan kesesalan aku..
Kesal ini mana mungkin aku lenyap kan dari intipati hidup aku..
Ahhh! Mana mungkin aku lakukan walaupon seumur hidup aku..
Tapi aku mahu kau ada dan ubat kan luka kesal itu..
Pudar kan lah sesal aku ini..
Bersama nafas cinta dan kasih mu..

Aku mahu hirup nafas berbau cinta sekalian alam buat aku..
Aku mahu sedut gas sayang mu..
Hanya aku dan kau berkongsi nafas dan gas itu..
Tiada lain lagi..
Agar sesal aku hilang tika aku bersama mu..
Hilang tapi wujud..
Wujud di antar nya..
Detik2 bahagia aku punya sesal..

Aku rindu kan bahagia tanpa sesal..
Aku rindu kan sentuhan kasih tanpa sesal di mata aku,bukan mata mu..
Tapi tiada termampu aku atau kau buang kan nya selamanya..
Hanya mampu hilang sementara.. Akhirnya,ia datang lagi..
Aku hilang kan diri di dalam kekalutan kau mengisi hidup nya..
Aku biarkan nafas yang kau mahu kongsi bersama aku jadi milik nya..
Aku biar kan gas kasih itu bersama kau dan dia kiranya itu bisa mengubat dia..

Dan aku? Kau tanya kan aku?
Aku begitu pentingkah sepenting dia?
Tentunya tidak!
Maka, usah di tanya sesal aku itu..
Tahulah aku jaga sesal aku..
Tahu lah aku bernafas tanpa nafas mu..
Aku masih gagah berdiri tanpa mafas dan gas itu..
Yang penting nya kau ubati lah dia..
Aku mahu lihat dia sembuh dari parah nya dia..
Aku mahu lihat ukiran senyum dibibirmu tiap kali kau lihat dia senyum..

Aku?
Sudah aku katakan..
Aku bisa gagah berdiri dengan nafas aku!
Aku gagah kan beri nafas aku untuk kau menafas kan dia..
Jangan kau toleh lihat aku dan sesal aku alhi..
Pergi!
Aku mahu mata mu hanya lihat sesal dia bukan aku..
Beri dia hidup..
Nah! Ambil hidup itu dariaku yang kau pinjam kan pada aku lama dulu..
Ambil lah.. Aku masih hidup tanpa hidup yang kau pinjam kan..
Hidup tapi nyawa aku tersekat-sekat..

I had crush became LOVE..

First time I saw you..
My heart talks..
My eyes shines..
I sees special in you like no normal person would do..
Your weakness is what I love the most..For me,it is your best!

For the first time you spoke to me with your eyes make me melt.. fully melt..
Everyday I gathered my courage to speaks to you..
I'm afraid to watch your eyes..I might fall immediately..
I'm afraid to get close to you..
Because people might notice my feeling towards you..
You are great with me out of the picture..
So,just let the picture be like that..

Until I told her how I like you since the first time we meet..since I first know your name..
Then we being apart.. Like something is happening..
I dunno what it is..
But you still look like the person I had crush on 2 years back..
Your eyes,your voice still the same..
Watching you from here is hurting me..
I thought I 'm cutting myself..
But it's your eyes did..
Your voice did..

I miss the way you used to watch straight into my eyes..
Hold me when I need someone to be rely on..
Speaks to me when I need someone called everything..
And what I miss the most is your jokes on me..
And your nickname to me is haunting me forever..

If I had a chance one day..to tell you how much I love you since we first met.. I would..
And it will be the last words you'll heard from me then..
Yes.. I had a crush on you.. Now,it is what normal people call LOVE..

Wednesday, March 9, 2011

Aku bacul dan hina di mata mu!


Pahitnya aku dan kamu hingga buatkan aku teragak-agak untuk memijak lagi ke bumi..
Takot haiwan kecil membaham kakiku..
Takut aku terpijak jerangkap samar..
Dan akhirnya aku perlu memulakan kembali permainan..
Permainan ku terus bermula semula dengan manis dan ku tunggu penuh sabar..
Agar aku dan mereka kembali kimia seperti aku dan kamu dulu..

Argggghhhh! Aku menjerit..
Tidak.. Bukan pada kamu mahupon dia atau mereka..
Pada diriku sendiri yang bacul dan jahil dalam bidang ini..
Tiada salah nya mereka atau aku..
Salah kamu sudah lama aku humban ke longkang..
Tak berguna.. Sisa-sisa kotor sahaja..

Aku angkat topi buat kamu..
Ya..! Jujur dari sudut hati aku paling bawah ini..
Sebab apa?
Hahahah!
Kerana kamu bisa bergembira bersama cicak-cicak tangkapan kamu..
Sampai bila cicak bertahan.. Atau lebih tajam..
Sampai bila kamu bisa bertahan sama cicak-cicak sarkas kamu?

Aku tidak mendoakan kan kejatuhan..
Jauh lagi dari kamu sungkur..
Kerana sakit hati disiat belati jika kau tersungkur..
Siapa lagi kau ada selain cicak-cicak itu?

Aku takut bagai kan anak kecil dengan guruh..
Memeluk tubuh di sudut bilik..
Ketakutan..
Tp aku perlu bangkit!

Sampai bila aku mahu di bilik ini dan berhenti belajar?
Aku tahu kamu sudah cukup tahu..
Aku bukan jenis ikan keli memakan umpan cacing..
Aku punya seketul daging berharga di kepala tengkorak ku..
Aku tak pasti kamu ada atau tidak..
Nah!

Ketakutan itu buat aku serik untuk membina lagi..
Membina benteng paling kukuh yang kau hancur kan dulu..
Dan aku lihat kamu di satu sudut memandang aku membina..
Membina benteng yang tinggi amat..
Bersama mereka..

Apa rasa dalam seketul daging di dada mu?
Sakit kah? Berdegup kencang kah?
Enak kah mata mu meyaksikan?
Jelek kah?
Apakah?

Apa rasa mu itu..?
Aku simpati..
Kerana aku tahu kamu patut punya rasa yang paling hebat sedunia dari aku..
Kerana kamu kan gah benar dalam dunia impi mu..
Kamu lah raja sekalian rakyat mu..
Tahniah..
Kerana kamu lah yang membuat aku bacul dan hina sedemikian kali..
Tahniah!

Monday, February 21, 2011

Drama ka realiti ?

TAHNIAH!


:) *Senyum*


dan.. :)) *Senyum lagik*


:|


Bibir di ketap rapat.....


:| *masih menahan*


Beberapa saat kemudian.............


Thee underscore thee............................................


T__T


Dan lagi............................


T_________T


sehingga beberapa jam seterusnya jugak masih serupa..................


T____________________T

p/s: Gua pura2 buta,pekak dan bisu.. Tahniah lu buat gua cam ni... Purrrrrrrrfeeeekkkk!

Friday, February 18, 2011

Saya bidadari.. Awak RAJA..

Saya xpasti samada awak ada di sini atau di sana..
Saya pon x pasti awak wuud atau langsung tidak akan pernah ada..
Saya tau awak pon x pernah terfikir akan kehadiran saya disini atau di sana..
Setiap nya saya memikir dan memikir dan akan teros memikir..

Sehingga saya mengetuk keyboard guna jejari saya yang montok ini..
Saya x tahu awak..
Saya rasa saya x kenal pon awak..
Atau mungkin kah saya kenal awak?
Atau kita pernah berselisih?
Atau awak dan saya jauh?
Ya! Mungkin kah ibarat kapal terbang dan beca?
Yang langsong x bisa integrate antara satu sama lain?
Saya tak tahu lah awak..

Yang saya tahu saya sentiasa tunggu awak hadir di pintu..
Mengucapkan akad di hadapan kadi..
Dan saya tersenyum2 sipu malu dan menjatuh kan jernih2 sebab ketiadaan AYAHANDA menghantar saya ke rumah MAK BAPAK awak..

Saya sentiasa menanti awak...
Untuk awak alurkan kekuatan awak pada saya..
Ya! Saya perlukan kekuatan awak..
Awak bantu saya dapat kan hak saya dan adik2 saya..
Awak tolong saya ya?

Saya selalu berharap awak lah yang mengubah saya dari raksasa nya saya hari ini kepada bidadari dalam hidup awak..
Saya nak sangat jadi bidadari dalam hidup awak.. Dalam hidup seseorang..
Dan awak lah seseorang yang saya cari..

Awak lah yang saya nak kongsi kan hidup saya..
Dengan awak lah saya nak bising setiap kali saya tonton berita jam lapan di TV3..
Saya nak ceritakan apa tu MRT,LRT...
Saya nak awak ada tika saya perlukan awak..

Awak jaga diri sebaik nya..
Muncul lah tika Pencipta kita takdir kan..Tika awak mmg sepatot nya muncul..

Saya menunggu awak dan teros menunggu..

Hingga tiba harinya awak bawa saya masuk dalam dunia awak dan jadi kan saya bidadari.. di saat itu saya jadikan awak RAJA hidup saya selamanya.. :)

p/s: Mimpi ahh! Gua terjiwang pada JUMAAT ini.. Gua kurang kan entri gua skrng,sbb gua buzy.. JAGA DIRI..! STAY HEALTHY!

Tuesday, November 16, 2010

It's raining here.. How I wish to be here forever!


Hujan itu membasahi bumi ALLAH..
Saat ini aku terbayang kan seorang Ayah yg bru pulang dri kerja dlam keadaan basah badan nya..
Dia pulang dgn membawa pulang seplastik greng pisang panas2..
Dipinta pada anak perempuan nya,"Kak Long, buat aiq kopi? Sedap mkn dgn cucuq pisang ni.."
Si anak menuruti perintah si bapak.. Makan lah mereka sekeluarga greng pisang itu dgn aiq kopi.. Betapa hangat nya rasa pabila hujan turun ke bumi selebat2 nya..
Betapa hanagt nya dpat dirasa kn didalam rumah keluarga itu..

Hujan itu kembali membasahi bumi ALLAH ini pada saat dan ketika ini..
Saat ini pula, si Ayah tiada di sisi..
Pergi nya kekal menghadap Ilahi, si Pencipta nya..
Si anak2 dan isteri sudah cukop kuat utok menghadapi ujian ALLAH saat ini..
Si isteri saat ini masih di tempat kerja..tidak dpat pulang krana hujan yg selebat nya..
Si anak2 di rumah.. setia menunggu si Ibu pulang..
Wlaupon kurang nya seorang.. Namun Si Ibu cuba menghangat kn si anak2..
Kaseh syg nya utok si anak2 utok mnghangat kan anak2 nya..

Hujan itu masih membasahi bumi Allah ini pada saat dan ketika ini..
Si anak takot sekali sekala pabila guruh berdentum di langit..

Hujan itu berhenti dari mengalir..
Si Ibu pon pulang dri kerja..Si Ibu membawa pulang seplastik greng pisang panas..
Dipinta nya kpada Si anak nya ,"Kak.Long,buat aiq kopi.. Sedap ni mkn dgn greng pisang panas.."
Si anak tergedek2 buat aiq kopi smbil air mata nya mengalir laju..
Mengalir lebat sperti hujan tdi..
Atas rendu nya pada kehangatan kaseh syg Si Ayah yg lalu..
Hanya doa mampu dikirimkan pada Si Ayah..

p/s: Hujan lebat siot la ni.. Tgah rebus ketupat.. Lama betoi tggu nk msak.. Lpaq nasik la plak tetiba.. :)

Tuesday, October 6, 2009

wAniTa...wAniTa...wAniTa...


Wanita...
Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,
Segar mewangi di pelusuk dunia,
Setulus kasihsesuci embun,
Cantik wanita kerana akhlaknya,
Lembut wanita kerana tutur katanya,
Mesra wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana setianya,
Sabar wanita kerana imannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Dendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sifat keibuannya,
Tanpa wanita lelaki lemah,
Kerana wanita lelaki kalah...