Monday, November 26, 2012

Kau manjakan aku,sahabat.

Assalammualaikum.

Minggu ni minggu sesak di sekitar Seksyen 7,Seksyen 2 dan sekitar UiTM Shah Alam.

Istiadat Konvokesyen.

Tahniah pada yang ambik skrol kali ni. Tahniah berjaya survive selepas bertahun belajar.

Doakan lancar urusan aku sem ini,dan aku pulak nak ambik skrol tu. Gatai jaa tangan ni rasanya nak sambut skrol tu. Heee.

Sesak jugak hati ini,sahabat.
Tapi tak terluah.
Sedih.
Kecewa.
Sayu.
Sakit.
Terharu.
Terluka.
Berjurai air jiwa murah seorang perempuan ini malam harinya,awal paginya meluahkan isi dalam dada buat Pencipta.

Ya.

Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui.

Dia jugak yang akan sembuhkan semua kesakitan dan keperitan ini dengan pengalaman dan pahala yang Dia titipkan buat hamba yang hina ini.

Allahuakhbar,mana mungkin aku tanpa Dia.

Terasa juga,mana mungkin aku tanpa mu sahabat.

Tapi cukup. Cukuplah bagiku Allah.
Cukup aku jaga Allah,dia akan lagi rapi jaga aku.

Sahabat,aku faham.
Cuma,aku belum biasa. Masih terbuai dimanja kau. Terasa Mak ada disisi bila kau manjakan aku,sahabat.

Sudah lah manjakan aku,biar aku kuat sendiri. Biar Dia sahaja jaga aku.

P/S: Tahniah semua kawan-kawan BM216 yang konvo. Tahniah Rosel dan bebudak Acc :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Rezeki bukan sekadar duit..

Assalammualaikum..

:)

Hidup makin baik..

Luka dah baik.. Tapi ada parut..

Rezeki Allah kurniakan buat aku takjub dengan kuasa Ilahi.. Dia berikan aku apa yang aku perlu dan bukan apa yang aku mahu..

Yang aku perlu tentu lagi penting kan?

:)

Kalau tengok tajuk kat atas tu,aku patutnya cakap pasal rezeki..

Aku nak kongsi..

Masa cuti semester yang lama berbulan haritu,aku kerja cleaner sama dengan Mak aku.. Tapi aku kerja seminggu,demam.. Terus aku berhenti..

Time tu nak raya tau.. Aku memang teringin nak jubah hitam,tapi duit ada berapa jaa kat tangan time tu..

Rezeki Ramadhan,Abah belanja jubah hitam yang sangat cantik aku rasa.. Aku suka..

:)

Kemudian,Mak bagi duit raya..
Subhanallah..

Petang orang buat ketupat,aku pi jalan Pekan Alor Star dengan adik..

Aku teringin lama dah nak beli tafsir Al-Quran.. Berkat duit yang tak banyak kat tangan aku,aku beli tafsir mini di petang akhir Ramadhan tahun tu..

Bulan ni,gaji aku RM600.. Kawan cakap,bolehkah nak survive kat KV ni gaji gitu?

Aku mengeluh juga dengar.. Takut juga.. Dengan sewa,makan,minum semua..

Tapi aku rasa cukup.. Tak lebih,tak kurang.. Aku masih dapat apa aku PERLU.. Walaupun apa aku NAK kadang-kadang takdak,tapi cukup..

:)

Aku nak kongsi ini..

Rezeki bukan sekadar duit..

P/S: Terima kasih yang ada bersama aku berjalan di bumi penuh sakit dan gembira.. :)

posted from Bloggeroid

Monday, October 15, 2012

Rintihan..

Assalammualaikum..

:)

Aku kalau dah susah,malu nak mintak tolong kawan-kawan ni..

Sungguh..

Kadang-kadang tu,nak mengadu pon malu..

Kadang-kadang ja laa..

Ada jugak kisah masalah aku tu,aku pendam sorang jaa.. Tiada sesiapa tahu.. Sebab aku rasa lebih baik begitu..

Mungkin kerana aku rasa kalau aku luah pon kawan aku tak boleh buat apa pon..

DAN....

Mungkin kerana aku rasa cukup Allah dengar rintihan hambaNya setiap kali aku atas kain hijau segi empat itu..

Allah ada,sudah cukup sebenarnya..

Tapi sebagai manusia,aku perlu sahabat dan teman..

Itu aku kena mintak dengan Allah..

:)

Mudahan..

posted from Bloggeroid

Monday, October 1, 2012

Terima Kasih Allah

Assalammualaikum..

Sudah lama rasanya tak mencoret di sini.. Hidup bagus,kalau pun tak bagus aku usaha dalam menjadikannya bagus..

:)

*Menghela nafas berat

*Senyum

*Memandang skrin tak berisi

Aku punya hari-hari yang sangat panjang sebelum ini.. Hari-hari ini pon masih lelah sebenarnya.. Cuma berlagak kuat,berlagak menjadi wanita besi supaya aku betul-betul menjadi besi..

Agar tak luntur di telan api mencanak darjahnya..

Awalnya,aku sayu dan perit bila taufan melanda hidup ini.. Aku ingat tiada tempat nak aku tumpang teduhkan diri.. Waktu itu,aku lupa.. Sungguh aku lupa..

Allah ada bersama aku..

Tidak pernah dia tinggalkan aku..
Tidak pernah..
Malah,tidak mungkin..

:)

*Senyum memandang skrin dengan lebih tenang dan lapang dada..

:)

Aku ada dia..

Ya..

Disaat aku rasa forever alone, seorang sahabat cakap..
"Allah kan sentiasa ada bersama awak?"..

:)

Terima kasih Allah! Kerana Kau ada.. Kerana kau kurniakan aku sahabat yang mengingatkan aku..

*Terharu..





Monday, May 21, 2012

Ombak itu..

Aku terpaku mendengarkannya..
Apa yang istimewanya kau?
Hingga membuatkan aku terpegun buat seketika lamanya..
Kau punya apa hingga memukau aku yang batu hatinya?
Kau punya jampi serapah apa?

Oh! Kerana kau ciptaan Dia Yang Agung!
Kau lembut mendayu di pasir-pasir halus..
Kau buat tanda agungnya ciptaan Dia..
Kau buat aku,insan ini lupa bernafas,lupa berfikir..

Nah! Hilang semua masalah aku seketika lamanya!
Kerana alunanmu,musik jiwa ciptaan Dia!

Ombak,di mana pon tetap menghiburkan aku!

P/s: Duhai ombak,kirimkan salam rendu aku buat Pantai Kerachot! Katakan cinta aku padanya tak berubah,malah makin membuak!

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 17, 2012

Dia kera yang disusukan..

Apa beza orang luar dan orang kita?
Mungkin sesetengah dari kita kurang keterampilan dari segi tenaga kerja nya dan mindanya juga..
Tapi sesetengahnya mungkin..

Mungkin jugak bezanya orang luar lebih hebat kerana budaya mereka dilihat asing dari kita dan terbaik dari kita..

Pesan aku cuma,kita perlu bersaing dengan menolak diri lebih ke hadapan dengan lebih maksima level nya..

Tapi barang diingat,tiada apa yang perlu diagung-agungkan sangat lah orang luar tu.. Semua asalnya sama sahaja.. Tidak pon dia lahir teros berpakaian emas .. Semua lahir pon bogel jugak.. Hek!

Jadi,jangan nak agung2 kan sangat orang luar..
Daya usaha itu penting.. Pihak2 itu agung2 kan mereka?
Nah! Biarkan! Kita di pihak ini buat apa yang maksima bisa lah! :)

p/s: Kera di hutan disusukan,Anak di rumah kelaparan... Hek dia!

Monday, April 9, 2012

Mutiara..

Di tatkala mutiara jernih itu bertaburan atas bumi..
Aku rasa hangat..
Hangat di mata ini..
Oleh air mutiara yg datang dari mata bulat milik aku..
Apa kau tahu isi dada ini?
Berombak menahan sedu..

posted from Bloggeroid