Friday, January 13, 2012

Peludah Warna


KUNING..

Saturday, December 31, 2011

99_ Meor Yusof Aziddin



Lina cakap, "Lagu ape kau dengar ni Ernie? -.-"..
Hahahah.. Ni lagu baik der.. Aku suka muzik macam ni.. Dia jujur apa adanya.. Benar dalam luahan hati dia..
Just thought of sharing it with you guys here.. And all of his muzik is superb to me.. Paling menarik hati Lagu Aman Lagu Damai,Hari-hari Akustik,ISA, blaalalalallalalala bagerabageraaaa... :) Banyak lagi lah maksudnya.. :)

Enjoy!

Friday, December 30, 2011

Datangnya harap bersinar..



Buku itu tinggal helaian akhir..
Apa mahu aku isi kan?
Madah cinta? Madah makian hari2 aku?
Madah hidup aku?
Tiada yang istimewa hidupnya aku..
Jelek orang membaca..

Helaian itu tamatnya hari ini..
Apa aku nak coret? Apa yang tinggal untuk aku karut?
Aku insan bodoh yang bangang pada hari2 begini..

Mahu dipaksakan jari gemuk ini mengetuk..
Tapi apa yang nak diketuk..
Ayat madah apa yang nak disusun?
Sudah!
Aku memang bodoh si tolol!

Aku bukan Fynn Jamal..
Aku bukan Bob..
Aku tak punya buku isi Ranap..
Aku tak punya buku isi Bogel Menuju Tuhan..

Tiada coret istimewa buat 2012..
Dihadapan cermin kaca petak cuma..
Dengan secawan besar kafein yang harum..
Dengan nota-nota lunyainya..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!
Terperuk aku di sini..
Tiada langsung bunyi percikan bunga api mahupun sorak gemilang rakyat marhein gembira tahun 2011 ditinggalkan..

Lebih senang begini..
Kerana ini aku..
Senyap..
Shhhhhhhh....
Aku nak dengar bunyi malam..
Bunyi malam 2011 yang bertemu bunyi malam 2012..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!




Selamat Jalan 2011!

Assalammualaikum!

Sudah nak melangkah ke 2012 rupanya kita.. Apa azam? Bila nak kawen? Bila nak grad? Bila nak itu? Bila nak ini? Huah! Umur pon makin meningkat,bertambah lah satu angka lagi.. Kuang2.. Makcik2 akan banyak bertanya bila dah besar ni.. Calonnya,bila nak langsung,perancangan?

Ampunnnn...... Banyak nak kena berjawab.. Bapak tiri gua kompom banyak tanya macam tu jugak.. Sure dia lagi specific! Sakit kepala aku.. Ignore text dia! Bhahahaha... Jahat gila..

2011 banyak kenangan tersendiri,macam tahun2 sebelumnya.. Cuma tahun 2011 ni aku lebih tenang dan know how to handle conflict and problems well dari sebelumnya lah.. Aku rasa lah..

Aku banyak ignore sampah,carry the positive one more than negative.. Aku manusia biasa,mestilah ada terambil yang negatifnya jugak..

Aku kadang2 emo banyak,as usual.. Boring!

Aku lebih gagah menjadi perempuan yang selalu dilanyak dihempap macam2 benda dan dari pelbagai sudut.. Tp cengeng macam selalu jugak.. :p

Aku lebih gagah bila berbicara tentang Ayah.. Walaupun hati ini sebenarnya merindui insan itu.. Hey, he's my dad! Of course I love him.. I miss him..

Aku banyak sangat impian yang aku nak tunaikan dalam tahun 2012 ni.. Aku nak settle kan study,aku nak kerja,aku nak balas balik budi org2 yang banyak tolong aku... Banyak... Betul..

Moga aku ada kesempatan lah nak tunaikan semua ni..

Selamat datang 2012..

p/s: Aku rendu rumah,aku rendu mak,aku rendu adik2,aku rendu tok,aku rendu adik2,aku rendu cinta mati,aku rendu semuanya! :(

Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes


Al-Fatihah @firdheder.. May Anis be strong and can face the world without you..

Thursday, December 29, 2011

Penonton kisah aku? Hell..



Saya malas nak maki hamun awak.. Sebab awak bukannya nak dengar pon.. Malah telinga awak bukan boleh hadam pon.. Otak awak tak gerak nak proses pon apa yg saya cakap dan kata ni..

Anyway, saya harap awak paham ya? Kalau nak unfollow di Twitter go ahead honey.. I don't mind,truly.. Because you already had done that before.. And untuk pengetahuan awak, there is no heart feeling pon.. Sumpah! Sebab saya respect hak asasi manusia.. Itu hak awak,buat apa nak marah pulak bila org unfollow kan? It is just not me,honey..

Dan sekiranya awak nak unfriend dgn saya kat FB pon,silakan.. My pleasure.. Saya tak nak awak terpaksa telan apa yg awak tak nak telan.. Saya tak nak awak tengok apa yg awak tak nak tengok.. Saya faham apa yg awak rasa.. Saya unfriend ja dgn sesapa yg saya rasa nak unfriend,saya unfollow ja dgn sesapa yg saya rasa nak unfollow.. Sebab saya tahu itu hak saya.. Awak pon baru ja follow saya balik kan? Kan? Saya tau,saja ja buat tak tau.. Buat apa nak kecoh2 benda2 remeh ni.. Jadi honey,itu hak awak untuk follow,unfollow..friend,unfriend..hide,show..tonton..tidak menonton.. :)

And awak jugak boleh hide blog awak dari saya kalau awak nak.. Sebab awak jugak pernah buat kan? Tak sampai sebulan pon awak bukak balik blog awak tu bagi saya.. *Macam aku nak sgt baca blog dia..





p/s: Saya tak paksa awak tonton kisah hidup saya,jadi jgn tonton kalau awak tak nak.. And,DON'T YOU TRY TO MESS WITH ME.. Because I'm afraid you gonna cry like baby.. Hahah..!

Saturday, December 24, 2011

TERAKHIRNYA DARI AKU UNTUK KAMU..


Terakhir..

Ini terakhir kalinya aku memandang papan putih bertulis tangan dengan pen penanda hitam oleh seorang wanita lebih separuh abad yang emosinya mempengaruhi emosi aku setiap kalinya..

Ya.. Aku tahu dia punya tujuan untuk aku dan yang lain untuk ke hadapan..
Untuk meninggalkan dirinya.. Untuk menjadi lebih berganda maju dari apa yang dia ada sekarang.. Itu api kemarahan semangat yang dicucuknya dalam kami..

Siapa pun wanita itu.. Dia berjaya sedikit bait mencubit aku yang leka dalam igauan kayangan yang tak berpijak di bumi nyata yang nyata penuh dengan taik busuk yang patot aku sedut..

Aku kena bangun bak kata dia, untuk hirup bau mawar yang wangi dan kopi harum.. Tapi katanya jangan dilupa dengan bau sampah dan taik!

Ya.. Tinta pesana itu merobek sejenak mimpi aku tentang kayangan.. Betapa aku mahu gapai bintang..

Ah! Kenapa aku mahu gapai bintang yang mustahil aku pegang? Aku boleh saja daki gunung yang bisa dilakukan aku si manusia.. Mungkin yang biasa tapi luarbiasanya adalah aku terus harus mendaki walapun kaki ini melecet berdarah,walapun nafas ini pendek,walaupun tekak ini haus walaup apa pun.. Masih menyeret jasad dan roh ini ke atas sana..

Buat mereka yang memperlahankan perjalanan mereka untuk menunggu aku,terima kasih..
Buat mereka yang memberhentikan perjalanan mereka untuk menunggu aku,terima kasih..
Buat mereka yang merawat aku sewaktu lukanya aku ditengah jalan,terima kasih..
Buat mereka yang mengheret diwaktu matinya aku di jalan itu,terima kasih..

Dimana aku ada hari ni kerana adanya kalian yang menolak seorang insan yang buta..
Ya.. Aku buta..
Buta apa yang tersembunyi.. Yang baru aku kadang2 tersedar selepas dicubit..
Terima kasih semuanya..
Wlau siapa pun anda..
Anda tahu anda yang tersebut di atas..

Pahitnya rasa dalam perjalanan ini,yang paling terpahit dan tersayu hanyalah bila aku kena ucapkan SELAMAT TINGGAL..
Aku cengeng...
Mudah cengeng..
Jangan buat aku cengeng depan kalian..
Aku malu begitu.. :(

Buat semua yang akan aku tinggalkan setelah hampir 3 tahun bersama..
Aku sembahkan ampun aku kerana pastinya aku ini mencuit hati kalian sedikit terkuat..

Semua wajah suka itu lekat amat dalam lipatan minda ini..

TERIMA KASIH BUAT PENGAJARAN SEMUANYA..

p/s: Aku nak nangis dah.. :(








Tiada coret indah yang aku ada untuk aku letakkan bawah potret ini.. Kalau ada kata yang lebih hebat dari INDAH pinjamkan aku untuk aku gambarkan betapa indahnya kalian semua.. Lots of love till forever stays..