Sunday, September 18, 2011

Aku nak litup menuju Tuhan aku,Bob!

Aku cuma nak cakap...

Aku dah beli buku Zahiril Adzim..

Ya ya... Yg belakon Juvana tu..

Tp aku kenal dia kat dalam KAMI,dan lebih kenal di blog dia tu haa...

Aku tau dia makin femes amos sekarang ni,but like I care?

Tahniah untuk dia dapat rezeki serupa itu..

Filem Bunohan dia tu pon dah diedarkan di peringkat antarabangsa kan?
Kat sini aku dapat tau.. Sila klik sini..

Bukan senang kot!

Bangga!

Suka buku dia tu..

Since aku suka puisi..

Kalau tak HARAM lah aku nak suka buku tu kot? Ngee!

Ok..

Dah..!

Tatattatatataaaaaaaaa....!

Thursday, September 15, 2011

Aku malu pada-Mu,Tuhan..

Pernah tak kau rasa malu menadah tangan menghadap Tuhanmu?

Pernah tak kau teresak menangis kerana malu asyik meminta?

Pernah tak kau rasa kau terlalu banyak meminta sedangkan kau selalu lupakan Dia?

Pernah kau rasa sangat2 malu?Hinggakan kau tutup matamu dengan kedua belah tangan yg menadah memohon Redha-Nya?

Hingga kau buangkan rasa malu pada hamba yg lain memandang?

Kerana malu pada Dia lebih ketara?

Pernahkah? Pernah di tengah-tengah hujan lebat menggila di luar itu? Di dingin pagi2 buta?

Dan yg kau mohon hanya Redha-Nya tika itu,tiada lain?

Ya... Aku malu...
Malu meminta tp sering lupa Dia yg tak pernah tinggalkan aku..
Aku malu pada Dia..
Kerana aku lupa syukur nikmat segala yg melimpah..
Nikmat yg aku tak nampak,nikmat yg aku nampak tp tidak aku syukuri...

Ya Allah,aku malu menghadap-Mu..

Maaf!

Aku benci..

Bila aku punya paranoid tak berhenti-henti..

Benci bila aku terus2 seksa diri membenci apa yg sayang aku..

Kenapa aku benci apa yg sayang aku? Dan sayang yg aku dah benci bila aku kat pedalaman jauh dari hiruk pikuk bunyik hon kereta? Aku sayang apa yg aku benci di tengah2 hutan? Kenapa mesti macam ni?

Aku kenapa ni?

Mid life crisis?

Aku nak cari apa kat dunia ni? Kenapa Allah campak kan aku ke dunia?

Pernah tak kau fikir?

Pernah kawan kau pon fikir benda yg sama?

Pernah kau nak sangat... Eagerly nak sujud tengah malam buta dan menangis depan Dia atas sejadah?

Pernah?

Aku dah gila..

Maaf...

Aku betol2 gila..

Aku tak tau nak rant kat sapa2...

So aku spill kat blog buruk dan twitter ja..

Maaf lagi..

Sungguh aku mintak maaf ni...

Maaf kan aku semua...........

MAAF!

Babai..

Wednesday, September 14, 2011

Susah untuk aku juga..

Alhamdullillah.. Majlis baca Yasin masok rumah baru dah pon selamat kami buat tadi pas Isya'.. Rasa syukur,terharu,gembira,penat,suka semuanya bercampur baur dalam diri aku.. Really I don't know what to say la.. Yg aku tau,aku terharu gila time semua sama2 baca Yasin kat rumah sewa kami tadi.. Aku rasa aku ada satu family besaq kot? Entah.. Tuhan ja tahu kenapa aku terharu sangat tadi sampai berkaca-kaca mata aku.. heh..

Ermmm... Tadi aku beli novel lagik.. 3 semuanya..

Harga ----------> RM85.70

Adik kat EconSave tu cakap,"Dasyat lah akak ni.."

Tp aku tak rasa dasyat pon.. Hahahah... Sebab ada ja org beli buku lagi banyak2 dan lagi mahal2 dari aku.. Maybe ni dia punya first time kot jumpak customer cam ni.. Hahahah...

Aku beli buku Wa Ai Ni Allah,Puteri Lindungan Bulan dan Gurindam Jiwa Hlovate.. PLB tu aku memang nak dari zaman sekolah lagi kot.. Tp tu lah.. Tak cukup duit kot,aku mana lah nak ada duit zaman2 sekolah ni haa.. Kan? Kan? Aku tak sempat lagi nak baca sebab baru sangat beli tu haa.. :)

Apa lagi eh aku nak cakap? Ermmmm2.. Haaa! Ak cuma nak cakap,aku tak sempurna dan mustahil sempurna malah aku tak pernah anggap pon aku sempurna atau sewaktu dengan nya..

Aku cuma nak cuba jadi yg lebih baik ja lah.. Dan aku tau,CUBA tak semestinya menjadikan aku BAIK dah pon.. Aku masih mencuba.. Dan sekiranya aku perlu mengambil masa selama semur hidup aku untuk mencuba menjadi baik,AKU AKAN MENCUBA UNTUK JADI BAIK..

Dan macam dalam karya Hlovate,VERSUS.. Bukan senang nak jadi baik.. Amar makruf nahi mungkar itu bukan senang.. Amat susah.. Tp macam aku kata tadi,aku nak cuba dan KITA HARUS CUBA..!

Aku sangat banyak kekurangan,dan aku nak baiki lubang2 yg cacat dalam hidup aku.. Aku nak tampal lubang2 tu.. Dengan bantuan dan Redha-Nya..

Maaf kan aku sekiranya apa yg aku buat sekarang menimbulkan sesuatu dalam hati kau.. Tp datang lah tanya pada aku dan akan aku terangkan..

Bukan senang untuk aku tapi aku tahu ini tak mustahil pon kan? Please let me? Buat apa yg aku mampu untk menghadap Dia..

P/s: Aku bukan malaikat,aku buat salah..SETIAP HARI.. Maaf kan aku atas salah silapnya.. :)

Saturday, September 10, 2011

Berubah

Alhamdullillah.. Hidup lagi seorang yg bernama Ernie nihidup lagi di bumi Allah yg kaya ni.. Anyhow aku rasa aku dah byk lain kot from my last entry.. Aku rasa lain lah.. but I would never know pon.. Org lain sekeliling should notice it lah..

Dah nak masok semester baru dah pon.. Macam tak terasa cuti ni.. Bila bukak sem,byk yg akan berubah kadang2 tu.. Tak byk pon sikiiiiiiiiiiiit lah kan? Ada yg berubah makin baik,ada yg berubah makin jahat.. But then,hope suma akan baik2 saja..

Aku cuma harap dapat berubah.. TERUS BERUBAH DAN TAK PANDANG BELAKANG LAGI DAH.. Lagipon aku dah tua.. 22 ain't a good number nak namapak cool depan orang2 mahupon apa.. Mintak redha Nya patot kan?

Pesan aku,apa pon perubahan aku nanti,terimalah dengan matang dan doakan aku tetap dalam skala perubahan dan malah bertambah lagi.. Aku nak TEGAS kan kat sini yg aku tak pernah rasa ditekan oleh mana2 anasir mahupon manusia apa pon di atas MUKABUMI ni yg membuatkan aku berubah.. Pendek kata,AKU BERUBAH KERANA AKU YG MAHU BERUBAH..

Honestly,aku tak pernah aih nak buat satu2 benda tu sebab aku kena paksa.. Aku TEGAS kan benda ni sebab I'm expect people will talk.. Dan semestinya,I'll them to.. Tp ni penjelasan awal lah.. There's more to come..

p/s: Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,dari tepi jalan ke sujud menghadap Tuhan.. #Hlovate

Thursday, August 4, 2011

Melatah orang tua..

Opocotttt mak hang kawen dgn mak aku dapat aku......! Haishhhh.. Melatah pulak org tua nyanyuk ni haa....

*Sarkastik

Kenapa ya depa ni melatah sebegitu huh?

Aku kadang2 tak paham dgn depa ni.. Kena fahaman politik yg sama dgn depa dlu eh baru boleh bekerjasama? I mean,duduk semeja dan berbincang? Tak boleh kah nak minum teh tarik kat kedai mamak sama2 kalau tak sama fahaman politiknya? Mencemar duli sangat kah? Nak cerita pasai match Malaysia-Singapura dgn berlainan fahaman politik itu mustahil huh? Apakah cetek benar fikiran ini.. Aku BENCI ketertutupan minda yg begini.. Nak bezakan manusia ikot benda2 bullshit begini..

Kemudian,apakah hanya penyokong parti cap Ayam kampung ja yg boleh bersiaran di tv? Macam mana dgn penyokong parti cap Sotong? Tuna? Ikan Keli? Atau tidak menyokong hatta mana2 parti pon? Bullshit..

Apakah tak profesionalnya lagak ni.. Dah lah tu melatah pulok.. Taksub sangat.. Haishh...

Mungkin aku ni kecik lagi? Hingus duk keluar kot hidung lagi *takkan keluar kot mata pulak..
Anyway,aku tak layak berbicara hal ini.. Tp aku generasi akan datang yg akan menyambut DUNIA dari tangan org tua nyanyuk.. Maka,takkkan aku nak sambut DUNIA yg dah nak hancur binasa kau org tua nyanyuk kerjakan? Bullshit..

Semua bullshit..

Tolong bukak otak letak kat tengah panas lagi pekdah dari monopoli kuasa politik.. Aku generasi menimbang tara baik atau burk,bukan taksub dan terima bulat2..

SEKIAN! *emosi

p/s: Benar aku tak dak parti politik feveret pon.. Ni nak ngundi parti mana pon aku tak tau lagi.. Kena buat solat Istikharah la kot?

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Impian

1st day puasa.. Alhamdullillah... Walaupon masih ada masa yg digunakan untuk tidoq.. heeee....... Tp niat mahukan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yg sebelumnya tetap diteruskan.. *Chaiyok2!

Anyway sejak2 baca Contengan Jalanan by HLOVATE,lagi buatkan semangat membuak2 nak hadapi Ramadhan kali ini.. Seris,gua tak tipu beb!

Buat yg masih dibuai mimpi indah tu,bawak2 lah bangon yop! Kita ni bukannya adaa jaminan akan hidp sampai ke tua pon.. Mana tau kita esok lusa dah berteriak dalam tanah? Entah2 lepas baca entri ni ka? *Moga sempat bertaubat,Ya Allah..

Aku bukannya baik pon.. Jauh lah nak bezakan dgn anak2 tiri mak aku tu..*role eyes
Anyway,aku tahu kita semua hidup ni just for a while ja beb.. Ada lagi lah alam2 lain yg akan kita tempuh.. *Moga berada dijalan Mu yg lurus,Wahai Allah..

Bila org pertikaikan aku berlagak alim*which is my adik yg macm makcik2 yg darjah 3 tu* aku stop and think about it for a while.. Aku ni BERLAGAK kah? Means,aku ni HIPOKRIT?

Gila hang??! Nak berlagak buat apa... Bukan dapat pekdah pon.. ZERO.. Sia2 ja amalan tuh.. Penat dapat,pahala? Dalam mimpi lah...

Org yg kenal aku,kenal lah.. Aku tak dak masa nak berlagak2 ni.. Nak hipokrit lagilah..

But then,bila ada org menyampaikan kebaikan mahupon seruan kebaikan yg menuntut aku untuk berubah ke arah yg lebih baik,kenapa tidak aku ikot? Disaat itu,bukan lagi timbul isu HIPOKRIT.. Tp isu "Kita tak mungkin menjadi org lain,tp kita boleh mencuba untuk menjadi org yg lebih baik".. I don't remember where I saw it before,but that really help me out.. Thanks to that person! :)

Ok... Aku dah banyak sangat melalut ni..

Selamat menyambut Ramadhan! Tingkatkan Amalan,Gandakan Usaha! :)

p/s: Mak nak buat terawih 8 ja.. Tak chill lah... *blueeeek!