Thursday, January 3, 2013

Kenapa? Kenapa?

Aku ingin bicara tentang kau dan aku.
Aku ingin kau tahu tentang apa yang aku rasa.
Aku ingin kau tahu.

Tapi aku mana berdaya.
Terbatas setiap langkah.
Terkunci setiap kata.
Membeku setiap perbuatan.

Aku mohon kau menjauh,kerana aku tak mampu menjauh.
Kenapa susah kau menjauh?
Kenapa buat aku nampak bangang?

Aku harap kau baca coretan ini.
Ini sahaja aku mampu.
Aku harap kau faham.
Faham apa yang aku tak mampu ucap.
Dan kau faham apa yang kau tak mampu fikir.

Biarkan aku pendam bicara ini tentang kau dan aku.
Biarkan aku simpan tentang apa yang ak rasa.
Biarkan aku tanam dalam-dalam apa yang aku ingin kau tahu ini.

p/s: Nak balik Kedah,dan semua akan ok. Insyaallah  :)

Ada Apa Dengan Cinta


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi.. sepi dan sendiri, aku benci
Aku ingin bingar, aku ingin di pasar
Bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai!
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

"Puisi ini dari Ada Apa Dengan Cinta"

Monday, December 3, 2012

MAAF.

Assalammualaikum.

:)

Perkataan "maaf" tu mulia kan? Kau salah kau ucap ja,aku cair. Walau menggunung salah kau ke aku.

Dan aku pulak jenis yang mudah sejuk selepas marah. Terkadang aku marah sendiri dengan aku,sebab aku bodoh. Mudah maafkan salah orang.

Tapi jujur aku cakap,kau nak ambik hati aku kalau kau buat aku marah, cakap ja perlahan dan berisi ikhlas.

"Aku mintak maaf"..

Dan aku terus maafkan.

Walau terkadang aku buat tak tahu,tak layan kau. Tapi tu sekadar ego aku. Tapi sebenarnya,aku dah maafkan. Atau sekadar nak main-mainkan kau.

Hehehee.

Aku memang suka bergurau bila lepas orang ucapkan maaf.

P/s: AKU MAAFKAN HANG LAH!

posted from Bloggeroid

Monday, November 26, 2012

Kau manjakan aku,sahabat.

Assalammualaikum.

Minggu ni minggu sesak di sekitar Seksyen 7,Seksyen 2 dan sekitar UiTM Shah Alam.

Istiadat Konvokesyen.

Tahniah pada yang ambik skrol kali ni. Tahniah berjaya survive selepas bertahun belajar.

Doakan lancar urusan aku sem ini,dan aku pulak nak ambik skrol tu. Gatai jaa tangan ni rasanya nak sambut skrol tu. Heee.

Sesak jugak hati ini,sahabat.
Tapi tak terluah.
Sedih.
Kecewa.
Sayu.
Sakit.
Terharu.
Terluka.
Berjurai air jiwa murah seorang perempuan ini malam harinya,awal paginya meluahkan isi dalam dada buat Pencipta.

Ya.

Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui.

Dia jugak yang akan sembuhkan semua kesakitan dan keperitan ini dengan pengalaman dan pahala yang Dia titipkan buat hamba yang hina ini.

Allahuakhbar,mana mungkin aku tanpa Dia.

Terasa juga,mana mungkin aku tanpa mu sahabat.

Tapi cukup. Cukuplah bagiku Allah.
Cukup aku jaga Allah,dia akan lagi rapi jaga aku.

Sahabat,aku faham.
Cuma,aku belum biasa. Masih terbuai dimanja kau. Terasa Mak ada disisi bila kau manjakan aku,sahabat.

Sudah lah manjakan aku,biar aku kuat sendiri. Biar Dia sahaja jaga aku.

P/S: Tahniah semua kawan-kawan BM216 yang konvo. Tahniah Rosel dan bebudak Acc :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Rezeki bukan sekadar duit..

Assalammualaikum..

:)

Hidup makin baik..

Luka dah baik.. Tapi ada parut..

Rezeki Allah kurniakan buat aku takjub dengan kuasa Ilahi.. Dia berikan aku apa yang aku perlu dan bukan apa yang aku mahu..

Yang aku perlu tentu lagi penting kan?

:)

Kalau tengok tajuk kat atas tu,aku patutnya cakap pasal rezeki..

Aku nak kongsi..

Masa cuti semester yang lama berbulan haritu,aku kerja cleaner sama dengan Mak aku.. Tapi aku kerja seminggu,demam.. Terus aku berhenti..

Time tu nak raya tau.. Aku memang teringin nak jubah hitam,tapi duit ada berapa jaa kat tangan time tu..

Rezeki Ramadhan,Abah belanja jubah hitam yang sangat cantik aku rasa.. Aku suka..

:)

Kemudian,Mak bagi duit raya..
Subhanallah..

Petang orang buat ketupat,aku pi jalan Pekan Alor Star dengan adik..

Aku teringin lama dah nak beli tafsir Al-Quran.. Berkat duit yang tak banyak kat tangan aku,aku beli tafsir mini di petang akhir Ramadhan tahun tu..

Bulan ni,gaji aku RM600.. Kawan cakap,bolehkah nak survive kat KV ni gaji gitu?

Aku mengeluh juga dengar.. Takut juga.. Dengan sewa,makan,minum semua..

Tapi aku rasa cukup.. Tak lebih,tak kurang.. Aku masih dapat apa aku PERLU.. Walaupun apa aku NAK kadang-kadang takdak,tapi cukup..

:)

Aku nak kongsi ini..

Rezeki bukan sekadar duit..

P/S: Terima kasih yang ada bersama aku berjalan di bumi penuh sakit dan gembira.. :)

posted from Bloggeroid

Monday, October 15, 2012

Rintihan..

Assalammualaikum..

:)

Aku kalau dah susah,malu nak mintak tolong kawan-kawan ni..

Sungguh..

Kadang-kadang tu,nak mengadu pon malu..

Kadang-kadang ja laa..

Ada jugak kisah masalah aku tu,aku pendam sorang jaa.. Tiada sesiapa tahu.. Sebab aku rasa lebih baik begitu..

Mungkin kerana aku rasa kalau aku luah pon kawan aku tak boleh buat apa pon..

DAN....

Mungkin kerana aku rasa cukup Allah dengar rintihan hambaNya setiap kali aku atas kain hijau segi empat itu..

Allah ada,sudah cukup sebenarnya..

Tapi sebagai manusia,aku perlu sahabat dan teman..

Itu aku kena mintak dengan Allah..

:)

Mudahan..

posted from Bloggeroid

Monday, October 1, 2012

Terima Kasih Allah

Assalammualaikum..

Sudah lama rasanya tak mencoret di sini.. Hidup bagus,kalau pun tak bagus aku usaha dalam menjadikannya bagus..

:)

*Menghela nafas berat

*Senyum

*Memandang skrin tak berisi

Aku punya hari-hari yang sangat panjang sebelum ini.. Hari-hari ini pon masih lelah sebenarnya.. Cuma berlagak kuat,berlagak menjadi wanita besi supaya aku betul-betul menjadi besi..

Agar tak luntur di telan api mencanak darjahnya..

Awalnya,aku sayu dan perit bila taufan melanda hidup ini.. Aku ingat tiada tempat nak aku tumpang teduhkan diri.. Waktu itu,aku lupa.. Sungguh aku lupa..

Allah ada bersama aku..

Tidak pernah dia tinggalkan aku..
Tidak pernah..
Malah,tidak mungkin..

:)

*Senyum memandang skrin dengan lebih tenang dan lapang dada..

:)

Aku ada dia..

Ya..

Disaat aku rasa forever alone, seorang sahabat cakap..
"Allah kan sentiasa ada bersama awak?"..

:)

Terima kasih Allah! Kerana Kau ada.. Kerana kau kurniakan aku sahabat yang mengingatkan aku..

*Terharu..