Friday, February 10, 2012

NO INTERNET!

Saya dah mula berada di dalam alam pekerjaan.. SPAD..

:)

Hope I can learn a lot here.. :)

Dah bai..

p/s: Tadaaaa internet.. ni curik2 taip kat ofis... :(

Wednesday, February 1, 2012

Nafsu ingin mengetuk keyboard tanpa henti di laman sosial merasuk tiba-tiba..
Bila di tempat yang sesuai..
Inilah jadi nya..
Hilang kata,hilang mimpi..
Nafsu tersekat dek karatnya otak..

Aku nak rant something yang sangat2 berat aku tanggung.. Tapi tak tau nak rant macam mana..
Apa ayat aku nak susun? Apa cara nak rant? Apa yang patot aku keluarkan dulu.. Yang mana patot aku simpan? Tiada siapa tahu melainkan aku dan Dia.. Aku dah penat.. Simpan sorang sampai semput di dada.. Heh! Aku nak bunuh rasa paranoid ini..!

p/s: Tololnya aku di matamu hanya kerana kau tak kenal jiwa raganya aku atau aku sendiri tak kenal jiwa raganya aku? Pencipta Maha tahu..

Friday, January 13, 2012

Peludah Warna


KUNING..

Saturday, December 31, 2011

99_ Meor Yusof Aziddin



Lina cakap, "Lagu ape kau dengar ni Ernie? -.-"..
Hahahah.. Ni lagu baik der.. Aku suka muzik macam ni.. Dia jujur apa adanya.. Benar dalam luahan hati dia..
Just thought of sharing it with you guys here.. And all of his muzik is superb to me.. Paling menarik hati Lagu Aman Lagu Damai,Hari-hari Akustik,ISA, blaalalalallalalala bagerabageraaaa... :) Banyak lagi lah maksudnya.. :)

Enjoy!

Friday, December 30, 2011

Datangnya harap bersinar..



Buku itu tinggal helaian akhir..
Apa mahu aku isi kan?
Madah cinta? Madah makian hari2 aku?
Madah hidup aku?
Tiada yang istimewa hidupnya aku..
Jelek orang membaca..

Helaian itu tamatnya hari ini..
Apa aku nak coret? Apa yang tinggal untuk aku karut?
Aku insan bodoh yang bangang pada hari2 begini..

Mahu dipaksakan jari gemuk ini mengetuk..
Tapi apa yang nak diketuk..
Ayat madah apa yang nak disusun?
Sudah!
Aku memang bodoh si tolol!

Aku bukan Fynn Jamal..
Aku bukan Bob..
Aku tak punya buku isi Ranap..
Aku tak punya buku isi Bogel Menuju Tuhan..

Tiada coret istimewa buat 2012..
Dihadapan cermin kaca petak cuma..
Dengan secawan besar kafein yang harum..
Dengan nota-nota lunyainya..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!
Terperuk aku di sini..
Tiada langsung bunyi percikan bunga api mahupun sorak gemilang rakyat marhein gembira tahun 2011 ditinggalkan..

Lebih senang begini..
Kerana ini aku..
Senyap..
Shhhhhhhh....
Aku nak dengar bunyi malam..
Bunyi malam 2011 yang bertemu bunyi malam 2012..

Selamat tahun baru!
Selamat datang 2012!




Selamat Jalan 2011!

Assalammualaikum!

Sudah nak melangkah ke 2012 rupanya kita.. Apa azam? Bila nak kawen? Bila nak grad? Bila nak itu? Bila nak ini? Huah! Umur pon makin meningkat,bertambah lah satu angka lagi.. Kuang2.. Makcik2 akan banyak bertanya bila dah besar ni.. Calonnya,bila nak langsung,perancangan?

Ampunnnn...... Banyak nak kena berjawab.. Bapak tiri gua kompom banyak tanya macam tu jugak.. Sure dia lagi specific! Sakit kepala aku.. Ignore text dia! Bhahahaha... Jahat gila..

2011 banyak kenangan tersendiri,macam tahun2 sebelumnya.. Cuma tahun 2011 ni aku lebih tenang dan know how to handle conflict and problems well dari sebelumnya lah.. Aku rasa lah..

Aku banyak ignore sampah,carry the positive one more than negative.. Aku manusia biasa,mestilah ada terambil yang negatifnya jugak..

Aku kadang2 emo banyak,as usual.. Boring!

Aku lebih gagah menjadi perempuan yang selalu dilanyak dihempap macam2 benda dan dari pelbagai sudut.. Tp cengeng macam selalu jugak.. :p

Aku lebih gagah bila berbicara tentang Ayah.. Walaupun hati ini sebenarnya merindui insan itu.. Hey, he's my dad! Of course I love him.. I miss him..

Aku banyak sangat impian yang aku nak tunaikan dalam tahun 2012 ni.. Aku nak settle kan study,aku nak kerja,aku nak balas balik budi org2 yang banyak tolong aku... Banyak... Betul..

Moga aku ada kesempatan lah nak tunaikan semua ni..

Selamat datang 2012..

p/s: Aku rendu rumah,aku rendu mak,aku rendu adik2,aku rendu tok,aku rendu adik2,aku rendu cinta mati,aku rendu semuanya! :(

Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes


Al-Fatihah @firdheder.. May Anis be strong and can face the world without you..