Thursday, July 18, 2013

Ramadhan.

Bertemu.

Lagi sekali kita.

Berjodoh.

Lagi sekali kita.

Alhamdullillah.

posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Rama-rama biru cantik.

Rama-rama biru cantik.
Terbang pada aku.
Sambut aku.
Hiburkan aku.
Ucap selamat pada aku.

Sini.
Hamburkan air jiwamu.

Sini.
Lepaskan beban di bahumu.

Sini.
Esak tangiskan di bahuku.

Sini.
Kau punya aku bila pun.

Rama-rama biru cantik.
Terbang pada aku.
Redakan lelah aku.
Sapukan airmata aku.

Kerana dia itu.
Menyesak dada.
Menghimpit hidup aku.

Ayuh.
Rama-rama biru cantik.

Kerachot.
5 Julai 2013.
11.00 a.m.

posted from Bloggeroid

Lari.

Aku nak lari.
Ambil baju dan jalan.
Ke hutan semak.
Ke bukit sesak.

Aku nak pergi.
Lari.
Aku mahu cepat.
Aku mahu jerit.
Aku sesak dada,terbebankan.

Mahu dilontar ke hutan semak.
Mahu dihumban ke bukit sesak.

Kerachot.
5 Julai 2013.
7.40 a.m.

posted from Bloggeroid

Buih.

Atas feri.
Tepi sekali.
Pandang jauh aku lempar ke laut itu.
Bawah kaki.
Ada buih.
Putih.
Banyak.
Lenyap.
Senyap.

"Umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan."

Allahu.

Kerachot.
5 Julai 2013.
7.30 a.m.

posted from Bloggeroid

Kenapa.

A: Your denial syndrome is so annoying.
B: Memang annoying. Memang aku deny pun.
A: Buat apa nak deny?
B: Hang ingat kalau aku tak deny,aku boleh hidup?

Aku pandang laut.
Aku nampak laut tu hijau.
Luas. Tepinya aku tak nampak.
Macam apa yang ada dalam hati aku.
Tiada tepi buat rasa ini.
Perasaan aku pada dia.

Kerachot.
5 Julai 2013.
5.11 p.m.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 22, 2013

Jangan pernah rebah.

Dicekup dia.
Datang negara orang secara haram katanya.

Dicela dia.
Datang negara orang membuat onar katanya.

Diludah tak diendah dia.
Datang negara orang menyemak serabut katanya.

Apa yang dia mahu cari,rezeki.
Beberapa mulut tunggu untuk disuap di tanah asalnya dia.
Beban ditanggung dibahunya dia,kau apa tahu.
Pandang mata sepi dia yang penuh isi.

Sayu aku lihat,sumpah!

Dunia penuh aturan dan karenah.
Yang menghimpit orang seperti dia.
Yang mahu terus hidup walau dunia menekan rapat dada.

Hey kamu yang digari itu!
Jangan pernah rebah.
Kau aku sanjung.
Atas apa kau junjung.

P/s: Buat pendatang asing samada dengan izin atau tanpa izin.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 9, 2013

Penuh kau.

Aku nak tukar apa yang indah pada jelik.
Aku nak lupa apa yang aku benar mahu ingat dulu.
Aku nak tuang rasa ini dalam laut.
Biar hanyut hingga yang tidak berpenghujung.
Biar tenggelam dalam lautan.
Biar tak pernah terlihat.
Biar tak lagi dihidu.
Biar rupanya langsung hilang.
Biar pupus lenyap.

Semua kau cakap,aku tak nak dengar.
Semua kau sogok,aku tak mahu terima.
Semua. Yang tentang kau itu.

Tolong pergi.

Jangan datang melalui suara halus dalam fikiran.
Jangan masuk dalam mimpi-mimpi malam.

Dada sesak.
Tangis esak.

Pergilah.

P/s: LOL! Haha!

posted from Bloggeroid

Friday, June 7, 2013

Sekotak itu.

Dikala malam yang hujan itu.
Di tepi bendang.

Aku nak lari.
Jauh hingga tiada yang kenal aku.

Aku nak terjun dalam-dalam.
Jauh hingga tak terselam ikan di lautan.

Aku nak terbang.
Jauh hingga tiada burung dapat tiba di awan itu.

Dikala malam hujan renyai itu juga.
Keretapi tiba.
Membingitkan telinga yang sudah mahu pecah menahan sesak dunia.

Mahu berlari menuju keretapi.
Berlari ke tengah landasan.
Dan menyambut penumpang di tengah landasan dengan senyum akhir dan lambaian tangan akhir.

Gila.
Ini kerja gila.

Gila.
Yang gila.

Di buka sekotak kecil besar tapak tangan.
Diketuk lagaknya.
Dibuka terketar tangan.
Diletak ke mulut terkumat-kamit.
Dicucuh api,tidak menyala.
Berkali mencuba.
Dalam hati,Tuhan mahu aku buang kotak ini ke bendang barangkali.
Tapi terpedaya dia dengan janji bangang syaitan itu.
Dicuba hingga bisa.

Akhirnya.
Disedut.

Hingga pukul 4 pagi.
Merenung langit di tepi bendang.
Merenung tanpa isi,merenung kosong.

Tanpa hati.

Kerana hati aku sudah mati.

P/s: Idk.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 4, 2013

Surat Ratnasari buat Arjuna.

Duhai sahabatku,Arjuna.

Aku titipkan lembaran duka ini buatmu. Buat perkhabaran akhir tentang diriku padamu.

Arjuna,
Aku terpaksa pergi meninggalkan kampung indah yang sarat dengan kenangan kita. Aku terpaksa pergi meninggalkan kau,sahabat yang aku kasih.

Arjuna,
Tahniah aku ucapkan atas perkahwinanmu dengan sang cantik surihatimu. Moga bahagia,Arjuna. Aku doakan,dan insyaallah akan aku doakan selalu.

Arjuna,maaf.
Aku ingin sampaikan apa isi hati ini padamu.
Sesungguhnya Juna,aku mencintaimu.

Arjuna,maaf.
Entah sejak bila,aku tidak sedar. Tapi aku sayang sangat padamu. Hampir menitis airmata tak terkawal tika kau khabarkan berita bahagia perkahwinan kau itu.

Arjuna,maaf.
Andai titipan ini buat kau terganggu.
Maafkan aku,Arjuna.

Sahabatku Arjuna,
Takkan aku lupa kenangan kita bersahabat. Takkan.

Kau dan aku berkejaran di bendang,memanjat pokok rambutan itu,bagaimana kau pertahankan aku si anak yatim ini,kau rawat aku bila aku luka berdarah tika bermain.

Maafkan aku Arjuna,kerana rasa yang ada ini tidak dapat aku kawal.

Salam sayang,
Ratnasari.

posted from Bloggeroid

Monday, June 3, 2013

Kisah Arjuna dan Ratnasari.

Kau pernah tak dengar kisah Arjuna dan Ratnasari?

Mari. Aku kisahkan.

Kau tahu? Si Ratnasari itu diam simpan rasa kasih buat Arjuna. Dari kecil bersahabat. Bergurau senda bersama.

Tapi si Arjuna tidak terfikir apa pula. Hanya dipandang Ratnasari sebagai sahabat hidup mati. Cuma.

Suatu hari,si Arjuna datang terkocoh-kocoh meluru pada Ratnasari. Dikhabarkan,Arjuna akan menyunting seorang gadis cantik yang hidup di hujung kampung.

Ratnasari senyum. Tapi hatinya kelat,pekat hanyir.

Sejak hari itu,Ratnasari cuba lari. Hinggakan dia lari tidak lagi didengar kisah tentang dia lagi.

Arjuna?

Dia terus lupa yang selama ini dia pernah ada Ratnasari dalam hidupnya.
Kerana sudah ada suri di matanya. Di hatinya.
Bahagialah hendaknya sang Arjuna.
Selamatlah hendaknya si Ratnasari.

P/s: Sayangnya aku pada kau,hingga aku sanggup lenyap terus jika itu buat kau gembira bahagia.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 2, 2013

Senyum.

Senyum.

Walau pekat rasa pahit di hati.
Telan saja.
Jangan teriak di wajah.
Biar tertipu semua yang memandang.
Biar yang manis sahaja di mata mereka.

Gagah lagi senyum itu.
Gagahkan!

Senyum.

Biar dia bahagia.
Dan biar dia rasa kau juga bahagia.
Agar dunia lebih indah.

Senyum.

P/s: S!

posted from Bloggeroid

Friday, May 31, 2013

Jika,maka.

Jika dengan mempertahankan aku,kau sakit dan tersepit.
Jangan pertahankan aku.

Jika dengan menyayangi aku,kau sakit dan terluka.
Jangan sayangi aku.

Jika dengan memandang aku,kau terseksa.
Jangan pandang aku.

Jika dengan meninggalkan aku seorang begini,kau bahagia.
Tinggalkan aku.

Jika aku buat kau bahagia dan senang,pegang tangan aku dan mari kita melawan dunia.

Kau tahu apa kau rasa,maka buat apa yang bahagiakan kau.

Jangan fikir aku. Jangan.

P/s: Bahagia kau,bahagia aku juga. Kerana kau kan Superman. :)

posted from Bloggeroid

Hidup.

Apa yang dicari tak semestinya akan dapat. Maka,aku kena ingatkan diri aku setiap masa.

Usaha.
Redha.
Berserah pada yang tak mati.

Ya,aku tahu bukan senang.
Kau dah berharap sesuatu untuk jadi milik kau,but then Tuhan tak izin.

Ada sesuatu yang Dia tahu,yang mungkin kau akan tahu lambat laun atau kau langsung takkan tahu.

Memang aku ingin bahagia itu.
Tapi kalau Tuhan tak izin,apa daya aku? Memang aku boleh usaha,sedang usaha. Memang aku boleh doa,sedang doa. Memang aku boleh kecewa,sedang kecewa.

Tapi sampai bila? Aku kena move on. Hidup bukan kena berhenti bila kau sakit begini.

Pedih.
Luluh.
Tapi doa yang buat aku kuat pon.
Buat aku gagah merangkak menuju akhirnya.

Hidup.
Penuh darah pedih nanah yang jijik.
Tapi selepas itu,kau akan jumpa taman bunga yang indah.

Dan hidup.
Tak mustahil kau akan jumpa balik darah pedih nanah yang jijik itu kembali berulang.

Hidup.

Cukup sekadar ada aku dan kau,menuju Tuhan.
Pegang aku.
Kita sama-sama.

P/s: Jangan pernah menyesal. Walau tiada kasih ibu,bapa. Kau punya aku. Walau aku tak punya kau.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 25, 2013

Kelibat itu.

Melihat jauh.
Kelibat yang aku sayang pergi.
Perlahan.

Melihat lagi.
Walau tiada lagi bayangnya.
Aku masih melihat.
Aku masih di sini.

Melihat lagi kehadapan itu.
Kelibat itu tersenyum.
Bersama si cantik di sisi.
Bahagia barangkali mereka berdua.

Melihat lagi.
Tapi kali ini dengan mencengkam dada kuat.
Terasa sakit.
Tapi aku senyum.

Melihat bahagia kelibat yang disayang.
Derita di hati tiada apa.
Perlahan akan hilang juga.

Melihat kelibat itu sekali sahaja lagi.
Sungguh.
Dan aku berlalu.
Pergi.
Mati.
Tanpa hati.

P/s: Aku sayang kau,penuh. Tapi kau tidak. Maka,pergilah untuk jaga dia. Aku boleh jaga diri aku. Sungguh,sayang.

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

Aku tenggelam.

Jantung kencang.
Hati indah.
Mimpi bahagia.
Lena macam ayam.
Makan macam kucing.

Bila siang mahu malam.
Bila malam mahu siang.

Oh.
Tiada kata.
Aku kehilangan kata.

P/s: Superman!

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 15, 2013

Terima Kasih.

3 tahun lebih.
Lama dari orang. Lebih dari orang. Sakit dari orang. Pedih dari orang.

Tapi hikmah Allah bagi itu manis. Manis sangat.

3 tahun dulu,Ayah janji nak mai Shah Alam dan bagi aku bunga.
Tapi Allah takdirkan dia pergi tunggu aku kat sana.

So,instead of Ayah datang pada aku,kali ini aku kena pergi kat Ayah dan hadiahkan syurga.

Hadiah syurga buat Ayah.
Kerana selama ni dia bagi aku Syurga kat dunia. Allahu. Berikanlah pada Ayah.

Terima kasih buat semua yang ada waktu aku perlu.

Ramai sangat. Mak,arwah Ayah,Abah,adik-adik,keluarga dekat jauh,sahabat dunia akhirat arwah Ayah,Ros,Aqilah,Mun,Dayu,Budak BM216,Sal,Mira,Pit,Afiq and the list goes on.

Anda tahu siapa anda dalam hidup ini. Sungguh berharga. Sungguh tak terbanding.

Manisnya Allah hadiah ini.

P/s: Tears of joy at the end of the long journey.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 5, 2013

Arjuna aku

Aku bangkit.
Dari mimpi kosong yang dicipta aku dan arjuna.

Aku terhempas remuk.
Jatuh terkulai ke bumi.
Melepak aku di tanah beberapa ketika.
Sehingga datang pemilik rusuk kiri nanti.

Kerana aku puas bisik pada telinga sendiri.
Berapa lama mahu tipu diri lagi?

Arjuna indah pujaan.
Aku mahu pergi.
Jangan dicari lagi.
Sudah remuk kecai hati ini.
Kerana caci maki.
Kerana aku tahu diri.
Kerana aku si hamba hina,tak layak arjuna didampingi.

Moga damai,moga bahgia.
Di sisi arjuna sudah tersenyum sang dewi.
Mogs arjuna tidak terlukakan oleh dewi pujaannya.
Jika ya,mari aku rawatkan.

Aku rawatkan dan pergi.

Selamat arjuna ku.

P/s: Aku tetap ibarat kakak yang,menjaga adiknya. Aku kakak,kau adik :)

posted from Bloggeroid

Friday, April 12, 2013

Tongong.

Aku tongong.
Kalau ada perkataan yang lebih keras dari tongong,itu lebih layak buat aku.

Buta-buta aku terima alasan bodoh dia.
Konon tak mahu aku sakit.
Konon tak mahu hati aku pedih.
Konon aku lah yang selalu di hati walau tak di sisi.

Dasar jantan!

Eh,aku lah si tongong.
Sudah tahu di tipu hidup-hidup,masih menunggu setia tak terkutik.
Ibarat anjing.

Dalam hidup dia, aku ini apa ya?
Anjing kah?
Babi hutan kah?
Jalang sundal kah?
Atau teman penyejuk jiwa,kekasih penghibur hati?

Hai tongongnya aku.
Aku ini bukan siapa-siapa.
Aku ini ibarat angin yang lalu menepis di muka.
Tak dihirau,tak terlihat.

"Sudah-sudahlah tongong kau itu"

Bisik suara halus ke hati hancur aku.

P/s: Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 7, 2013

"Pergi mampus!"

Dia.
Dia yang satu itu.
Yang dipuja itulah.
Menyesal memuja dia yang meludah aku buta-buta.
Yang tak pernah lembut memujuk.
Yang rasa aku ini layaknya ditanam saja tanpa tanda.

Dia yang satu itulah.
Tiada lainnya.
Yang janjinya tidak mahu buang aku dari hati dia.
Yang katanya aku ini selalu dihatinya walau tidak disisinya.
Ya.
Dia.

Dia lah si bodoh itu.
Yang aku bilang,dialah lelaki paling bodoh kat dunia ni yang pernah aku jumpa.
Yang semalamnya buang aku.
Yang merengek kembali pada perempuan yang dikatakan sundal dulu.
Yang akhirnya buang aku dari hati dia.

Dialah itu hoi.
Yang akhir katanya asyik memaki aku.
Yang buat aku sayu lunyai dek kata nista dia.

Dia itu.
Yang aku sayang.
Yang aku tatang.
Yang aku jaga.
Akhir kata dia pada aku.

"Pergi mampus!"

Aku tak lupa.
Aku takkan lupa.
Jangan kau jejak ke kuburan aku bila aku mampus.

Ya.
Aku nak pergi mampus!

P/s: Kau tahu kau siapa. Ya. Kau lah yang tersebut di atas. Dia itu. Yang aku sayang. Yang hancurkan hati aku yang molek ini.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 28, 2013

Kau macam...

Kau macam pokok rambutan kat rumah Tok ni.
Teduh tapi bawahnya banyak nyamuk.

Kau macam kucing Tok.
Menakutkan tapi manja.

Kau macam rama-rama kat sini.
Cantik menari-nari depan aku,tapi tak pernah hinggap kat bahu aku pun.

Kau macam ayam kampung Tok Cik yang datang curi makan nasik kucing Tok.
Gagah kononnya,tapi aku nampak seorang anak kecil sepi yang kasihan dalam diri kau.

Aku nampak kau di sekeliling aku setiap hari,detik dan waktu.
Hakikatnya kau tak ada.
Ingatlah aku selalu ada,di sini.
Jika suatu hari aku dibawa lari,aku harap kau cari jalan itu sendiri.

P/s: Aku kan kakak,kadang-kadang mak kau.

posted from Bloggeroid